Beberapa hari kehilangan mood untuk menulis. Bukan tidak ada isu untuk di sentuh. Banyak perkembangan dalam kawasan, negeri, negara dbahkan dunia yang boleh di jadikan bahan cacatan. Namun sebagai pejuang kecil di peringkat bawah ini, sangat sukar menelah kilau dalam kilat yang jika tersilap bacaan boleh mengeruhkan hubungan sesama jemaah.
Musim hujan mungkin boleh di jadikan alasan untuk tidak membuat apa-apa aktiviti jemaah. Namun apabila bersenggang begitu lama beberapa bulan tidak ada apa-apa perkembangan dalam gerak kerja, menjadikan kelemahan ini begitu ketara sekali.
Sebaik lepas Ramadhan, dalam suasana Idulfitri kita di hadapkan dengan PRK Bagan Pinang. Kemudian Ijtima' Kepimpinan Negeri dan seterusnya HIMPIT menjadi tumpuan. Beberapa sahabat bertanya-tanya, apa program atau aktiviti Pemuda peringkat Kawasan?
Apa yang boleh saya katakan... Kalau program rutin kita di hujung tahun ini ialah Ihtifal PASTI yang di buat peringkat DUN-DUN. DUN Permaisuri telah mengadakan Ihtifalnya semalam 14 Nov 2009 di PASTI Putra Jaya. Langkap dan Batu Rakit, 20 Nov 09 ini di Sungai Lerek dan Padang Kemunting sementera Jabi pun akan buat Ihtifal PASTI nya pada minggu ini di Cawangan Bukit Tanah.
Mengikut perancangannya di hujung tahun ini program lawatan ke Cawangan-Cawangan gered A akan di buat sehingga awal Januari tahun hadapan. Cuma di harapkan cawangan berkenaan hendaklah membuat persiapan dengan aktiviti masing-masing samada aktiviti tarbiyyah, penerangan ataupun program berbentuk sukan / kebudayaan sempena lawatan AJK Pemuda Kawasan tersebut. Tarikh-tarikh insyaAllah akan di maklumkan oleh SU dalam masa terdekat.
Sebenarnya banyak program yang di rancang kurang berjaya akhir-akhir ini di sebabkan kurang di berikan tumpuan untuk melaksanakannya akibat pertembungan dengan berbagai program luar samada peringkat negeri mahupun pusat ( cnth : Seminar Memperkasakan Parti baru-baru ini). Walau bagaimanapun Perjuangan ini di laksanakan secara berjemaah. Kekuatan perlu di gembelingkan bagi meneruskan misi membawa Islam agar dapat di jadikan panduan hidup oleh setiap orang khususnya yang bernama muslim.
Setiap posisi amanah mesti berfungsi sebaiknya. Kita sering berbangga dengan jawatan yang di pegang, tetapi di sebalik jawatan itu terlalu berat beban tugas yang perlu di lunasi. Ya Allah, Kau ampunilah aku yang semakin mensia-siakan amanah ini.... Berilah kekuatan agar beban ini tidak menjadikan penyebab kemurkaanmu. Bantulah aku dengan pembantu yang boleh meringankan beban ini....
No comments:
Post a Comment