Tarikh 17 April 2010 yang di pilih oleh SPR sebagai hari penamaan calon PRK Hulu Selangor bertepatan dengan hari Mesyuarat Agung DPPKS yang di putuskan dalam Mesyuarat AJK yang lepas.
Mesyuarat Agung yang sepatutnya di buat pada 3 April di tanguhkan kerana sebab-sebab teknikal untuk memberi ruang persiapan yang lebih selesa dan sesuai dengan tarikh perasmi, namun tanpa diduga halangan lain pula yang ada di depan.
Tentunya perasmi Mesyuarat Agung yang telah memberi persetujuan untuk hadir, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan PJ Terengganu terpaksa membatalkan persetujuan tersebut dan akan hadir ke tempat penamaan calon PRK tersebut.
Selain mewakili JPP dan PAS Terengganu memberi sokongan kepada calon PR yang bertanding, YB Haji Wahid juga tidak akan tergamak untuk tidak hadir memandangkan sewaktu PRK Kuala Terengganu awal tahun lepas yang di menangi oleh YB Hj Wahid, begitu ramai petugas Selangor yang datang membantu termasuk sahabat-sahabat daripada Hulu Selangor sendiri.
Dalam mesyuarat panitia persiapan baru-baru ini juga telah ada permintaan supaya mesyuarat agung DPPKS ini di tangguh lagi memandangkan walaupun mungkin tidak ramai yang pergi ke tempat penamaan calon, tetapi tentulah yang akan pergi itu adalah petugas tegar di cawangan-cawangan yang tentunya memberi kesan kepada kehadiran perwakilan yang lain.
Walau bagaimanapun kami akan putuskan dalam mesyuarat 10 april ini sekaligus notis akhir mesyuarat agung akan di edarkan pada hari tersebut mengikut keputusan yang akan di buat bersama, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment