Wednesday, February 10, 2010

Permit Himpunan


Hari ni saya telah di minta oleh pihak polis ke Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan tanpa permit. Jika gagal hadir, perintah tangkapan akan di keluarkan. Begitulah mengikut surat yang di hantar kepada saya seminggu yang lepas.

Saya sendiri tidak tahu perhimpunan manakah yang di maksudkan oleh pihak polis. Mengikut kenyataan surat tersebut, saya perlu memberi kenyataan berhubung satu report yang di buat di Balai Polis Batu Rakit. Tarikh report tidak di sebut.

Seingat saya banyak perhimpunan yang saya hadiri. Tak pasti samada perhimpunan itu ada permit atau tidak. Semenjak lepas PRU Mac 2008 yang lepas urusan permit di DUN saya telah di serahkan kepada orang lain yang menguruskan setelah saya tidak lagi bertugas di Pejabat DUN. Untuk perhimpunan di tempat lain, lebih-lebih lagilah saya tidak mengetahui samada mempunyai permit atau tidak.

Samaada berpermit atau tidak, saya rasa bertanggung jawab untuk menjayakan apa-apa perhimpunan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggung jawab kita sebagai rakyat dan ummat Islam tentang perlunya perubahan berlaku kearah kehidupan yang lebih baik. Samaada berhubung soal ekonomi, lebih-lebih lagi berhubung soal keselamatan agama dan akidah sebagai orang Islam. Saya akan berusaha untuk hadir, samaada sebagai pengisi program himpunan, mahupun sebagai penyokong untuk meramaikan himpunan tersebut.

Walaupun di katakan ada akta polis yang melarang himpunan tanpa permit, tetapi di sana ada juga jaminan di dalam perlembagaan negara berhubung soal kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat dalam negara yang di katakan merdeka ini.

Salah ke jika kita sebagai warganegara berusaha menyelamatkan harta rakyat yang di rompak dan di bazirkan sebegitu banyak oleh mereka yang berkuasa pada hari ini. Atas nama pembangunan kononnya, mereka rompak duit rakyat dengan peruntukan projek yang tak masuk akal. Mereka meletakkan harga berlipat kali ganda berbanding kos sebenar projek yang di buat. Wang rakyat yang sepatutnya mampu menyelesaikan masalah rakyat, mengalir kepada dua tiga kerat mereka yang menguruskan projek pembangunan.

Amat menyedihkan apabila melihat projek yang menelan ratusan juta RM yang habis begitu sahaja dengan tiada langsung manfaat yang di perolehi rakyat. Projek monsoon cup, Masjid Kristal Pulau Wan Man, Stadium runtuh dan sebagainya lagi yang menelan belanja ratusan juta setiap satu.

Berapa ramai antara kita yang berpendapatan kurang daripada RM50,000 setahun. Apatah lagi bagi yang pendapatan kurang daripada RM 1000 sebulan ( sekitar 10,000 sahaja setahun ). Tentulah wang ratusan juta itu terlalu banyak bagi kita. Tetapi wang yang begitu banyak di agihkan hanya kepada beberapa orang kemudian di buang begitu sahaja menjadi gajah puteh di Pulau Duyung, Pulau Wan Man. Sementara stadium dan sebagainya lagi runtuh dan rosak akibat di bina tidak mengikut spesifikasi yang betul untuk kos yang kecil, sedangkan keuntungan kos sepatutnya pun telah berlipat kali ganda.

Isu Akidah dan keruntuhan moral serta akhlak rakyat jangan di ceritakan lagi lah. Kadar perceraian yang sangat tinggi bagi pasangan yang baru berkahwin sebagaimana kenyataan tim. EXCO kerajaan baru ni sudah cukup memberi gambaran betapa parahnya masaalah sosial masyarakat kita. Masalah sosial berpunca daripada masaalah akidah. Apabila pemerintah menjadikan kebendaan sebagai asas pentadbiran, soal hukum hakam agama tidak lagi di pandang penting.

Rakyat di ajar dengan rasuah. Cukup hanya dengan tiga empat ratus ringgit seorang untuk mengekalkan sokongan kepada mereka, lalu mereka membiarkan rakyat hidup mengikut kemahuan dan kehendak masing-masing. Tidak ada undang-undang yang mengawal akhlak mereka, akidah mereka dan agama mereka.

Jenayah semakin bertambah. Walaupun rekod jenayah yang di keluarkan oleh polis sekian-sekian banyak, tetapi realiti dalam masyarakat, kadar jenayah jauh lebih tinggi berbanding rekod yang di keluarkan oleh polis. Polis hanya menyatakan rekod yang di adu dan di siasat oleh mereka. Sedangkan berapa banyak lagi jenayah yang di biarkan begitu sahaja samada tidak di adu atau tidak di siasat meskipun di buat aduan.

Saya pernah menulis sebelum ini berkenaan polis disini , disini dan disini.

Semua itu menjadikan saya terpanggil untuk menyedarkan masyarakat yang terdiri daripada kaum keluarga dan bangsa saya untuk sedar dan kembali semula kepada ajaran Islam yang menjadi agama yang akan menyelamatkan kita samaada kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi menyelamatkan kita di akhirat nanti..

1 comment:

m.shafizi said...

teruskan perjuangan walaupun diuji dengan polis dan sebagainya...kami bersamamu mendoakan kelangsungan perjuangan islam..

Followers