Tuesday, February 23, 2010

Semarakkan Semula Program Usrah


Antara keputusan yang di buat dalam mesyuarat DPPKS dua malam lepas adalah menyusun atur jadual Usrah semua peringkat pemuda di kawasan Setiu. Bermula Usrah AJK DPPKS yang akan di teruskan dengan jadual baru iaitu setiap khamis awal bulan, pemuda DUN pula setiap jumaat giliran 4 DUN. Minggu pertama DUN Batu Rakit, kedua Langkap, ketiga Permaisuri dan minggu terakhir DUN Jabi. Ketua Pemuda Kawasan dengan di bantu Ketua Lujnah Tarbiyyah akan menjadi Naqib kepada setiap usrah DUN tersebut.

Sementara cawangan pemuda pula di mulakan dengan cawangan gred A iaitu cawangan yang telah di lawati sepanjang bulan Disember dan Januari yang lepas. Cawangan gred A adalah cawangan yang mempunyai organisasi yang lengkap dan ada aktiviti. Setiap AJK DPPKS dan AJK DUN yang layak akan menjadi naqib kepada cawangan yang di tentukan oleh DUN masing-masing. Dalam mesyuarat akan datang akan di minta lapuran lengkap daripada DUN-DUN berkenaan jadual usrah dan naqib setiap cawangan tersebut.

Adalah di harapkan susulan yang lain akan di buat selepas ini daripada lujnah-lujnah yang lain bagi memantapkan cawangan-cawangan gred A ini. Sementara cawangan gred B akan di perkasakan selepas Mesyuarat Agung tahunan yang akan di adakan awal April nanti InsyaAllah.

Gerakan secara terancang ini di harapkan mampu untuk menghidupkan kembali cawangan pemuda di kawasan Setiu khususnya menjelang PRU ke 13 nanti InsyaAllah. Kawasan Setiu akan dapat di menangi kembali dan seterusnya PAS akan kembali menjadi kerajaan di negeri Terengganu. Itulah harapan besar yang di letakkan oleh setiap pencinta Islam untuk hidup di bawah naungan hukum Allah di bumi tercinta ini...

No comments:

Followers