Friday, February 26, 2010

Maulidul Rasul


Hari ini adalah cuti umum sempena sambutan Maulidurrasul. Marilah sama-sama kita memperbaharui tekad dan azam untuk menjadikan Rasullullah itu sebagai ikutan sepanjang hidup kita.

Sebagai menunaikan Syahadah atau ikrar beserta pengakuan bahawa Allah sebagai tuhan, kita juga mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah Utusan Allah yang akan kita turuti sunnah dan pengajaran baginda. Kita akan pertahankan pengakuan itu dan membuktikan dengan perjuangan untuk hidup dan mati kita beramal dengan Islam yang di ajarkan baginda.

Islam yang di ajar oleh Rasulullah adalah satu cara hidup yang sempurna bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga soal mentadbir dan memerintah dunia. Disaat kita mengingati kelahiran Baginda ini, marilah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh ( BERJIHAD ) untuk memastikan seluruh ajaran Islam itu di amalkan dalam kehidupan kita termasuk memastikan sistem pemerintahan negara yang mengurus kehidupan kita mengikut Syariat Islam yang di ajar oleh Baginda.

No comments:

Followers