Sunday, June 28, 2009

PRK Manik Urai

Suasana PRK Manik Urai semakin hangat. UMNO meneruskan usaha memburukkan emej YAB Tn Guru Dato Nik Aziz dengan isu kenyataan TGNA yang mengatakan UMNO sesat. Sebelum ini melalui isu Kerajaan Perpaduan pun mereka berhempas pulas cuba menggambarkan betapa buruknya TGNA yang tidak suka kepada perpaduan, sedangkan Islam menganjurkan perpaduan.

Kita percaya sebagaimana gagalnya mereka dalam isu perpaduan tersebut apabila ianya di tamatkan oleh kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat dan PAS sendiri pada isnin lepas, begitu juga isu UMNO sesat inipun akan menyebabkan mereka akan semakin haru biru apabila rakyat akan lebih membuat kajian dan berfikir mengapa TGNA mengatakan UNMO sesat.

Akan lebih jelas kepada masyarakat kesesatan dan kerosakan hasil kerja-kerja UNMO selama ini. Natijah daripada itu kita percaya rakyat akan semakin sedar dan tidak lagi percaya kepada mitos 'hanya UMNO yang layak dan mampu memerintah Malaysia'.

UMNO memang menaruh harapan untuk menang di Manik Urai apabila melihat kepada peratusan undi melayu yang tinggi di kawasan tersebut setelah kalah di semua siri PRK di semenanjung selepas PRU ke 12 . Apatah lagi PRK sebelum ini melibat kawasan ramai pengundi bukan melayu yang dikatakan menyebabkan kekalahan mereka.

Namun begitu kita yakin dengan senario yang berlaku dalam negara kita hari ini, kemenangan tetap berpihak kepada PR. Keyakinan rakyat kepada UBN semakin hari semakin terhakis. Samada kawasan pengundi bukan Melayu mahupun di kawasan Melayu seperti PRK K. Terengganu pada Januari yang lepas. Walaupun K. Trg mempunyai sejumlah pengundi bukan Melayu, tetapi keputusan PRK itu menunjukkan kemenangan yang di capai oleh PAS bukan di sebabkan oleh undi mereka. Sebaliknya daripada kajian yang di buat, undi bukan melayu tidak begitu berpihak kepada PAS di PRK K. Trg tersebut.

Oleh itu penolakan terhadap UBN bukanlah atas faktor undi melayu atau bukan melayu. Tetapi di sebabkan oleh majoriti rakyat sudah tidak ada lagi keyakinan kepada kepimpinan UMNO itu sendiri. InsyaAllah senario ini akan berterusan dan memberi keyakinan untuk PR mengambil alih kerajaan pusat pada PRU ke 13 nanti.

Pemuda PAS Setiu akan dan telah turut sama menyumbangkan tenaga kerja untuk kemenangan calon PAS di Manik Urai. Kita mengikut jadual tugas yang telah di atur oleh Perhubungan PAS Terengganu, di mana Setiu telah menghantar rombongan pertama pada 22-25 Jun yang lepas dan rombongan kedua akan bertugas pada 1-4 Julai ini.

Walaupun hanya satu DUN yang tidak seluas mana, petugas Kawasan Negeri Kelantan sendiripun telah mencukupi, tetapi atas dasar semangat berjemaah dan sokongan moral kepada jentera pilihanraya tempatan, kita turut sama membantu apa sahaja kerja yang boleh kita buat.

No comments:

Followers