Sunday, April 11, 2010

Mesyuarat Agung DPPKS 22.04.10


Meraikan Sahabat-sahabat yang mahu turut sama dalam perarakan calun pada 17 Apr di Hulu Selangor, Mesyuarat Agung DPPKS di tunda lagi kepada 22 Apr ini.

Pada kali ini kami akan cuba memecah tradisi sejak sekian lama Mesyuarat Agung peringkat Kawasan Setiu samaada PAS Kawasan mahupun Dewan-dewan diadakan pada waktu pagi, pada kali ini Dewan Pemuda akan mengadakan mesyuarat agung dengan sessi pendaftaran bermula 6 petang.

Dengan berbekalkan pesanan Al Quran- Apabila kamu telah berazam (dengan satu-satu keputusan ) maka hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah - adalah di harapkan tarikh dan waktu yang di putuskan itu berjaya di laksanakan mesyuarat agung pada tahun ini sebaiknya InsyaAllah.

Sebenarnya mengadakan mesyuarat agung pada waktu malam tidaklah asing bagi kawasan-kawasan lain, tetapi bagi kawasan Setiu yang agak luas, perkara tersebut belum pernah di buat sebelum ini sejak Kawasan Setiu di tubuhkan pertengan 80'an lagi.

Tetapi mengambil kira keadaan dan masa sudah berubah, kemudahan perhubungan semakin baik dengan kenderaan semakin laju dan jalanraya semakin pendek, kita rasa tidak ada alasan yang besar kepada perwakilan untuk tidak hadir melaksanakan tanggungjawab mereka kepada jemaah.

No comments:

Followers