Oleh Norfatimah Ahmad, Faiza Zainuddin dan Hanneeyzah Bariah Baharin
bhnews@bharian.com.my
2012/05/12
KUALA LUMPUR: DAP dan Karpal Singh ditegur supaya tidak terlalu tamakkan kuasa dalam memutuskan sebarang isu membabitkan pakatan pembangkang, sebaliknya perlu menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.
“Hadi adalah pemimpin tinggi PAS yang juga sebahagian pakatan pembangkang, jadi kenapa pula beliau tidak boleh bercakap bagi pihak pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan Hadi sebagai berkata: “Jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.”
Harun berkata, PAS akan tetap melaksanakan Islam sebagai addin kerana ia bukan saja meliputi aspek undang-undang, tetapi juga ekonomi, sosial dan pendidikan.
"Kita tetap akan laksanakan hudud dan pinda Perlembagaan walaupun mungkin bukan dengan rakan pakatan yang ada sekarang... mungkin dengan pakatan lain yang memberi sokongan kepada kita nanti. Mungkin ada pihak yang simpati dan menyokong perjuangan kita nanti.
"Jika cukup majoriti (penguasaan kerusi), jika PAS lebih kuat berbanding rakan lain nanti, kita akan laksanakan (hudud dan pinda Perlembagaan)," katanya.
Harun berkata, secara umumnya, majoriti intelektual bukan Islam tidak takut pada hukum hudud, kecuali individu tidak bermoral yang pernah mencuri dan melakukan kesalahan lain.
Sambil menganggap kenyataan Karpal tidak akan memberi kesan kepada PAS, beliau berkata parti yang memperjuangkan Islam itu tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud.
EXCO PAS Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, berkata Karpal tidak perlu campur tangan dalam hal membabitkan hukum Islam kerana PAS sendiri tidak pernah campur tangan dalam hal agama orang lain.
“Kalau orang Cina cakap pasal agama dia, kita tak pernah campur tangan dengan apa yang mereka nak buat, jadi bila kita cakap pasal Islam, hudud, mereka tidak patut ambil tahu, sebab ini hukum kita, agama kita dan kita mahu laksanakan,” katanya.
Pendakwah dan ahli PAS, Datuk Ismail Kamus menyifatkan Karpal seorang pemimpin yang keras hati dan sengaja bertindak seolah-olah tidak memahami konsep pelaksanaan hukum hudud.
“Dia bukan tidak tahu hukum hudud memberi keadilan kepada semua pihak, tapi sengaja buat tidak faham. Begitu juga ada pemimpin PAS sendiri yang tidak senang dengan pelaksanaan ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment