Monday, February 14, 2011

HIMPIT Terakhir...

Sambutan pemuda tetap hangat kepada program PAS. Jika di nilai perbezaan HIMPIT kali ini dengan HIMPIT 10k tahun lepas, kali ini agak kurang di sertai sama oleh golongan tua dan muslimat berbanding HIMPIT di Kemaman tahun lepas. Boleh di katakan lebih 90 peratus kehadiran adalah pemuda. Sebab itu di sudut kemeriahan HIMPIT tahun lepas lebih meriah berbanding kali ini.
Pengisian dan amanat oleh Presiden PAS

Walau bagaimanapun setiap kali HIMPIT di adakan ianya mempunyai keistimewaan tersendiri mengikut perkembangan semasa dan tempat di adakan.

Saya sentiasa menyertai HIMPIT sejak mula di perkenalkan berbelas tahun yang lepas. Walaupun tidak setiap tahun hadir, tetapi kebanyakkannya saya sertai HIMPIT yang di adakan bergilir-gilir antara 8 kawasan di Terengganu ini.

Sehinggalah pada tahun ini, HIMPIT 2011 yang di adakan di Pekan Batu 6 baru-baru ini adalah merupakan HIMPIT terakhir saya sebagai peserta rasmi daripada organisasi pemuda. Untuk HIMPIT terakhir ini, saya di amanahkan mengetuai unit persiapan dan bersama-sama saf kepimpinan lain di pentas utama sebagai AJK DPPNT.
Rasa teruja dan terharu kerana ini adalah pengalaman terakhir sebagai Pemuda di program terbesar tahunan Pemuda PAS negeri Terengganu. InsyaAllah, untuk masa-masa mendatang saya akan terus hadir ke program tersebut sebagai orang tua pula..
Peserta membuat saf mengikut kawasan. Saf yang kedua dari kiri yang memegang bendera adalah peserta Setiu.

No comments:

Followers