Saturday, February 12, 2011

Ke Himpunan 30K Pula..

IsyaAllah jika tidak ada aral, saya akan ke Kedah jumaat ni untuk turut merasai gerak nadi kebangkitan rakyat Malaysia. Jika di Mesir telah berlaku perubahan dengan larinya Mubarak daripada tampuk kuasa dengan himpunan rakyat di seluruh negara, maka bagaimana pula di negara kita?

UMNO yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun sebagai proksi penjajah telah lebih daripada memadai untuk di singkirkan. Jika melihat kepada rekod pengkhianatan yang di lakukan oleh UMNO bukan sahaja kepada bangsa Melayu bahkan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan yang utamanya pengkhianatan UMNO kepada ummat Islam, tidak ada sebab lagi rakyat Malaysia nak mengekalkan lagi mereka memerintah negara tercinta ini.

Tinggal lagi maklumat kezaliman dan pengkhianatan itu masih berjaya di tutup dengan ugutan menakutkan rakyat dengan beberapa ekor hantu. Hantu yang paling membuatkan rakyat masih phobia untuk menukar kerajaan adalah hantu perkauman. Jika hantu ini berjaya di tangkap dan di kurung, InsyaAllah rakyat yang telah kenal buruknya UMNO akan bangkit secara menyeluruh sebagaimana berlaku di Mesir untuk menukar kerajaan. Mungkin tidak melalui demontrasi, tetapi menggunakan peluang melalui peti undi dalam pilihanraya akan datang.

Setakat ini InsyaAllah Pemuda Setiu akan menyertai rombongan ke Kedah sebanyak 4 buah bas. Satu DUN satu bas sebagaimana di kehendaki oleh DPPNT selain mereka yang pergi sendiri dengan kenderaan masing-masing.

No comments:

Followers