Friday, March 26, 2010

Harakah bikin Spekulasi

Di Petik Daripada Blog Herman Shamsuddin

Semalam beberapa rakan wartawan cuba menghubungi saya, tetapi saya tak sedap hati jadi tak nak angkat sebab mesti ada sesuatu yang berlaku. Dan sangkaan saya benar bila Malaysiakini menyiarkan artikel bertajuk“Laporan Harakahdaily cetus spekulasi mursyidul am”.

Sebelum itu saya juga ada membaca berita terbaru dari Harakah tentang isu ini bertajuk“Majlis syura lantik empat anggota”.

Wow! Harakah jadi media spekulator dan gossip pula. Jenuh Datuk Mahfuz kena soal siasat. Kesian beliau sedangkan beliau pun tidak terlibat dengan Mesyuarat Majlis Syura tu. Wartawan Harakah kejar dia macam paparazi kejar artis-artis untuk cari gosip.

Pada saya, peringkat pimpinan parti sedang bermesyuarat tentang hal ehwal Majlis Syura. Secara tradisinya, apa jua keputusan biasanya akan dimaklumkan kepada semua organisasi parti secara berstruktur termasuk Harakah. Malah kalau ada perubahan atau perlantikan Mursyidul Am parti akan ada pengumuman rasmi.

Jadi sebelum pimpinan yang terlibat buat kenyataan, tak perlulah cipta spekulasi. Saya tak kisah kalau Malaysiakini atau Malaysian Insider atau The Star yang buat spekulasi ini. Tapi sedikit malang bila organ parti sendiri pun nak bergossip seolah-olah cuba menimbulkan tekanan pada pimpinan dan ahli tentang hal ehwal barisan kepimpinan Majlis Syura.

Harakah juga sebahagian dari parti. Dalam erti kata lain, kita tinggal satu rumah, cuba bezanya Harakah menulis dan dibaca oleh jiran-jiran dan musuh juga. Jadi tak baiklah, hal-ehwal rumahtangga dan adik berdik yang belum confirm disiarkan hingga merunsingkan ahli-ahli lain.

Sebaiknya, Harakah tidak menyiarkan gossip-gossip atau spekulasi dalaman parti yang tidak sewajarnya digembar-gemburkan selagi belum ada kepastian atau kenyataan rasmi oleh pimpinan kerana itu bukanlah kerja Harakah untuk beri tekanan kepada parti.

Biarlah akhbar lain buat gossip atau spekulasi tentang parti dan kepimpinan tapi bukan Harakah…itu sahaja, kerana kita sayang Harakah sama seperti kita sayang parti ini keseluruhannya.

No comments:

Followers