
Hari ini adalah cuti umum sempena sambutan Maulidurrasul. Marilah sama-sama kita memperbaharui tekad dan azam untuk menjadikan Rasullullah itu sebagai ikutan sepanjang hidup kita.
Kuala Terengganu, 31 Januari-Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu , yang juga Adun Bukit Payung, meluangkan masa jam 2 petang semalam untuk melawat rumah mangsa kebakaran AJK Pas Seberang Baruh, Nik Ahmad Kamil di kampungnya Seberang Baruh Kiri.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.45 pagi memusnahkan keseluruhan tingkat atas rumah terbabit. Kata tuan rumah, Nik Ahmad Kamil, ketika kejadian, beliau berada di tingkat bawah manakala anak perempuannya berada di salah satu bilik di tingkat atas. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dicatatkan.Kebakaran dipercayai berlaku akibat litar pintas dari bilik salah seorang anak lelakinya yang ketika itu tiada di rumah.
Ustaz Mohd Nor mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan sedikit sumbangan kewangan sebagai mewakili Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyampaikan sumbangan , boleh berbuat demikian dengan menghubungi saudara Wan Mohd Faizul di talian 0139277330 atau terus masukkan sumbangan ke akaun bank Dana Ta'awun DPPNT Maybank Islamic bernombor 563064113837. Sila maklum kemasukan sumbangan tuan puan kepada ustaz Nazari ( ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPNT ) di talian 019 9108432 ( atau hantar sms butiran kemasukan sumbangan " Kebakaran 31 Jan" dengan menyatakan jumlah, tarikh dan tempat-cawangan bank ).
mamak kacukan melayu ka dia ni?
Bukan setakat bakaq 'roti nan', dengan memorandum sekali 'hangus' depa bakaq..tu diaa, bila dah marah, 'mamak' mestiiii...marii !! kah..kah..kah !
pandikar gunung keriang - Kononnya selepas solat Jumaat tadi, sekumpulan kecil jemaah yang kebanyakannya terdiri dari mamak Penang yang perasan diri mereka Melayu telah mengadakan demonstrasi di sebuah masjid India Muslim di Jalan Macalister, Georgetown. Mereka mengadakan tunjuk perasaan kononnya kerana membantah layanan tidak mesra Kerajaan Negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.
Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Gan Kong Meng. Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk, yang antaranya berbunyi: "Lim Guan Eng, jangan uji kesabaran kami.Melayu adalah tuan negeri ini!."
Penunjuk-penunjuk perasaan yang bernaung di bawah sebuah NGO yang menamakan diri mereka Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim telah menyampaikan ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng.Beberapa perkara yang membuatkan saya tergelak mengenai demonstrasi ini ialah pertamanya, kebanyakan yang hadir ialah dari kalangan Mamak Penang yang membantah layanan tidak mesra kerajaan negeri terhadap kaum Melayu.
Presiden DPMPP itu pun dari namanya sudah boleh teka dia Melayu atau Mamak. Tapi tak apalah jika ramai Mamak simpati dengan orang Melayu, kerana itu hak mereka. Lagi pun apalah salahnya jika Mamak (saya pun ada darah Mamak Penang juga!) perasan diri mereka Melayu?
Kedua yang membuat saya tergelak ialah bila penunjuk perasaan itu membawa sepanduk "Melayu adalah tuan negeri ini". Yang membuat saya rasa kelakar ialah mereka yang berkata tuan negeri Pulau Pinang adalah orang Melayu, tapi Ketua Menterinya sejak 50 tahun dulu belum pernah seorang pun Melayu.
Ketika UMNO menguasai majoriti kerusi Pulau Pinang pun, Melayu tidak pernah jadi Ketua Menteri, apa lagilah kini bila DAP menguasai majoriti kerusi. Mengapa orang-orang ini tidak pernah berjuang untuk menjadikan Melayu sebagai Ketua Menteri sejak 50 tahun dulu? Lawak sungguh!
Ketiga, yang membuat saya tergelak ialah polis boleh pula keluarkan permit untuk tunjuk perasaan itu! Kalau yang minta kerajaan yang menguasai negeri itu (PR), bukan main susahnya nak dapat permit. Mentang-mentanglah yang minta tu NGO yang nama pun tak pernah dengar, terus saja bagi. Lawak...lawak