Wednesday, June 6, 2007

KEMBALI SEMULA...

Hampir dua bulan tak update. Hasrat hati memang kalau boleh nak tulis setiap hari. Apakan daya masa dan suasana mempengaruhi mood. Mungkin inilah nasib penulis-penulis baru yang hangat-hangat tahi ayam. Akhirnya terbengkalai begitu sahaja, minat entah kemana, bakat pulak terpendam ke dasar angan yang tak sudah.

Sepanjang dua bulan ini, adalah masa-masa yang agak sibuk juga sebenarnya. Kemuncaknya adalah Muktamar PAS Pusat yang di mulai Muktamar Pemuda pada 30 Mei 07 sehinggalah tamat Muktamar penuh pada 3 Jun 07, ahad lepas. Sepanjang tiga empat hari itu saya berada di Kota Bharu menyertai ribuan ahli PAS yang lain samaada sebagai Pemerhati atau Perwakilan. Kebetulan tahun ini mencatatkan sejarah peribadi, pertama kali menjadi Perwakilan PAS Kawasan ke Muktamar Agung PAS Pusat. Bagi mereka yang dah biasa, mungkin tak ada apa-apa istimewapun. Tapi bagi saya ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Maklumlah kali pertama menjadi orang yang di beri amanah mengundi Kepimpinan PAS Pusat bagi menerajui Parti untuk dua tahun mendatang, merupakan suatu yang sangat bermakna. Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan baik.

Selepas Mesyuarat Agung Pemuda Kawasan sebagaimana posting yang lepas, menyusul pula Mesyuarat Agung PAS Kawasan. Kemudian di ikuti pula oleh program mega tahunan Pemuda Batu Rakit, MEMBARA 07 di awal Mei. Hari-hari selepas itu, menjelang Muktamar PAS Pusat di sibukkan pula dengan program Gempur Daftar Pemilih hampir dua minggu, Mukhayyam Pemuda Negeri dan lain-lain program.

Kebetulan pula sessi pemilihan kepimpinan baru pada tahun ini menjadikan beban amanah yang berupa jawatan-jawatan di dalam Parti semakin bertambah berat di pikulkan ke bahu saya yang masih baru dan sedang belajar selok belok perjuangan yang besar dan berliku ini. Tentulah sebulan dua ini merupakan masa-masa penyesuaian dengan tugas-tugas baru, baik di Kawasan mahupun di peringkat Negeri. Dalam masa yang sama telah ada sungutan-sungutan di cawangan yang menjadi base kepada pergerakan saya selama ini. Hampir tiga bulan saya tak menjenguk kerja-kerja di cawangan sebaik sahaja selesai Mesyuarat Agung Cawangan yang lepas. InsyaAllah selepas ini, selepas tempuh penyesuaian tugas ini, semuanya di harapkan berjalan seperti biasa semula.

Rugi sangat rasanya, detik-detik bersejarah MEMBARA 07 tidak di abadikan dalam catatan blog ini. InsyaAllah posting selepas ini saya akan tulis khusus berkenaan program tersebut. Hanya sebagai catatan dan kenangan peribadi....... Istimewanya program MEMBARA ini kerana konsep dan namanya adalah cetusan idea saya sendiri yang perlaksanaannya di bantu oleh sahabat-sahabat saya Pemuda DUN Batu Rakit.

No comments:

Followers