Saturday, October 31, 2009
Thursday, October 29, 2009
Keputusan Mesyuarat Khas PAS Pusat Berhubung Isu EGM
Setelah lebih kurang 4 jam bermesyuarat keputusan yang di buat tentunya telah mengambil kira semua perkara. Kita sebagai ahli dan pendokong di harapkan menerima dan akur dengan penyelesaian yang di putuskan oleh pihak pimpinan.Lapuran keputusan telah di siarkan dalam Harakahdaily.net. Sila klik.
Monday, October 26, 2009
Kenyataan Media Presiden PAS
| “Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)” | | | |
| Written by Presiden PAS | |
| Monday, 26 October 2009 | |
| Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti. Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) 6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 |
Sunday, October 25, 2009
Saturday, October 24, 2009
Kemelut Dalaman...
Bila perkara tersebut di siarkan dalam blog TGNA, apa yang saya fikirkan ketika ini;
1. Betul ke tulisan itu daripada TGNA atau ianya di tulis orang lain dan di minta persetujuan TGNA menyiarkan atas nama beliau.
2. Teringat pula kepada tulisan Ustaz Nik Abduh berkenaan penasihat-penasihat ayahdanya;
"Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!"
3. Sikap tidak boleh menerima kekalahan sebahagian mereka yang merasakan lebih layak menjadi pemimpin sehingga mendesak untuk di adakan pemilihan semula...
4. Setelah mereka gagal menguasai PAS pertengahan 80'an, sekarang di rasakan peluang terbaik. Gabungan IRC / ABIM yang satu ketika dulu pernah menyusup masuk secara bersendirian, kini bergabung tenaga cuba menyingkirkan pimpinan PAS dengan begitu agresif sekali.
5. Mudahan-mudahan Allah menyelamatkan PAS atas nama gerakan Islam dan mengekalkan keaslian perjuangan ini dengan sunnah perjalanannya yang pernah di lalui oleh pejuang-pejuang terdahulu...


