Hari raya korban tahun ni tergerak untuk buka laman blog yang sekian lama terbiar sepi ini. Pagi tadi selepas khutbah raya seperti biasa di Surau Pecah Rotan, sempat sembelih seekor lembu korban ahli jemaah.
Apa yang menarik pemilik lembu ini adalah seorang pemuda yang telah agak berusia tetapi masih bujang. Saban tahun dia berkorban satu bahagian daripada lembu yang di belanya sendiri, manakala bahagian selebihnya adalah untuk sesiapa sahaja yang mahu sertai terutama saudara mara dan sahabat handai dengan bayaran yang sangat minima.
Walaupun usia beliau telah menjangkau 37 tahun tetapi setiap kali di tanya soal kahwin beliau lebih senang mendiamkan diri tanpa respon apa-apa. Sehingga orang yang cuba membantu menemukan jodoh kepada beliau jadi putus asa lantaran sikap 'senyap' beliau berhubung soal tersebut.
Usahkan anak, isteripun belum ada, tetapi dengan panggilan mesra 'Pok Ya', beliau tidak pernah marah bahkan sentiasa tersenyum dan bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan beliau. Memang Pok Ya sejak zaman remaja lagi terkenal dengan rajin membantu orang. Sering menjadi 'mangsa' suruhan ahli jemaah surau untuk membantu apa sahaja kerja-kerja kebajikan.
Maka tidak pelek lah sekarang beliau di amanahkan sebagai Ketua Unit Amal DUN Batu Rakit dan AJK PASTI DUN. Dengan harapan PRU14 nanti PAS kembali menang di DUN Batu Rakit, tugas-tugas Unit Amal menjadi semakin penting untuk memastikan gerak kerja kebajikan khususnya Khidmat Masyarakat dapat di gerkkan semaksima mungkin.
Sekarang saya sedang merisik seseorang untuk di jadikan teman hidup beliau. Harap ada respon segera supaya kehidupan beliau lebih teratur dan lebih bersemangat.
Thursday, September 24, 2015
Friday, April 17, 2015
Hudud: Kita tidak perlukAn Tun Dr M
Kalau musang keluar makan ayam itu sesuatu yang semulajadi
dan sudah pasti tiada nilai pemberitaan. Akan tetapi jika ayam yang keluar makan
musang, itu luar biasa dan pasti mendapat liputan kerana ianya ada nilai
pemberitaan.
Di zaman Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz dahulu, ketika Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Islam yang memperkenalkan perlaksaan hukum jenayah Islam ke atas para pesalah di negeri itu, Tun lah yang ketika itu PM antara penentang terkuat dan malah telah mengirim sepucuk surat kepada MB Kelantan, mengancam yang kerajaan Persekutuan tidak teraga-agak mengambil tindakan kiranya Kelantan berkeras mahu melaksanakan hukum berkenaan.
Sumber : http://n32.blogspot.com/2015/04/hudud-kita-tidak-perluakn-tun-dr-m-17415.html
Begitulah halnya jika insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad
tiba-tiba keluar kenyataan menyokong perlaksanaan undang-undang Islam atau
Hudud, ianya luar biasa kerana Tun Dr M ini sejak semulajadi lagi antara
penentang kuat perlaksaan sistem perundangan Islam terutama Hudud.
Hari ini dilaporkan dalam akhbar harian berbahasa Inggeris
The Star bahawa Tun menganggap Undang-undang Hudud PAS tidak menepati ajaran
Islam kerana ianya sekadar mainan politik PAS.Di zaman Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz dahulu, ketika Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Islam yang memperkenalkan perlaksaan hukum jenayah Islam ke atas para pesalah di negeri itu, Tun lah yang ketika itu PM antara penentang terkuat dan malah telah mengirim sepucuk surat kepada MB Kelantan, mengancam yang kerajaan Persekutuan tidak teraga-agak mengambil tindakan kiranya Kelantan berkeras mahu melaksanakan hukum berkenaan.
Hari ini Enakmen yang sama belum terlaksana lagi, akan
tetapi terdapat usaha untuk memperkenalkan Rang Undang-undang persendirian atau
Private Bill di Parlimen, bagi membuka laluan perlaksanaan hukum berkenaan di
Kelantan setelah sekian lama ia diluluskan oleh DUN Kelantan. Kiranya semua
berjalan lancar rang undang-undang berkenaan bakal dibentangkan oleh Presiden
PAS dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mei nanti.
Sudah pastilah orang yang paling cemas, marah dan tidak
berpuas-hati dengan perkembangan ini adalah Tun Dr M. Kalau zaman beliau PM
dahulu, beliau secara terbuka menyerang dan memperlekeh usaha PAS itu, hari ini
setelah hampir 12 tahun tidak lagi menjadi PM tentangan beliau tetap kekal sama
sebagaimana mendiang Karpal Singh yang pernah mengungkapkan “Langkah mayat”
beliau terlebih dahulu sebelum Hudud dapat dilaksana. Karpal kekal dengan sikap
sedemikian sehinggalah beliau terkorban dalam kemalangan jalanraya setahun
lepas.
Tun Dr M ternyata telah jauh melampaui masanya.
Zaman orang-orang Melayu Islam menolak sistem perundingan
Islam sudah berlalu. Hari ini rata-rata tanpa mengira fahaman politik,
masyarakat sudah tahu akan keperluan dan tuntutan perlaksanaan hukum Allah ini
sebagai seorang Muslim. Dengan maklumat yang boleh diperolehi dengan mudah hari
ini pendedahan dan pengetahuan masyarakat semakin terbuka Orang yang tidak
sokong PAS pun hari ini sudah semakin akur bahawa ini kewajiban ini jatuah ke
atas setiap Muslim.
Wilayah Aceh di Indonesia sudah memperkenalkan undang-undang
ini begitu juga Negara Brunei Darus Salam yang satu ketika dahulu disebut
sebagai Negara anak didik British yang paling kuat dirantau ini.
Kerana kita semua tahu pendirian Tun Dr M itu khasnya
bekenaan perlaksanana hukum Islam termasuklah Hudud, maka biarlah Tun dengan
pendiriannya yang sudah semakin lapuk dan usang itu.
Sepatutnya Tun ini dibiarkan bersara duduk senyap sebagai
seorang “statesman” atau Negarawan ulung tanpa mencampuri urusan politik.
Tetapi walaupun sudah 12 tahun bersara beliau tetap mahu menonjolkan diri,
degil sebagaimana dahulu juga.
Bagi masyarakat bukan Islam yang menolak Hudud, proses
penerangan pada mereka berterusan, dan malah hakikat bahawa ianya tidak terkena
ke atas mereka sepatutnya memberi kesadaran bahawa perkara ini adalah perkara
dikalangan sesama umat Islam sahaja.
Akan tetapi bagi orang-orang Islam yang menolak, mengkritik
dan memperlekehkan hukum Allah ini seumapama Tun Dr M, sepatutnya diajak
bertaubat dan dipanggil oleh pihak berkuasa agama untuk diberikan counselling.
Oleh itu dah kita tahu begitulah sikap Tun Dr M ini,
penentangannya jelas dan tegas, tak perlulah kita ada apa-apa “engagement” atau
hubungan dengan beliau.
Janganlah dijadikan beliau idola atau juara buat kita yang
berjuang Islam ini.
Sesungguhnya tuntutan untuk menjulang dan melaksanakan hukum
Allah ini jauh lebih penting dan mulia dari berkawan dengan individu seperti Tun Dr M
semata-mata untuk publisiti dan kepentingan politik murahan.Sumber : http://n32.blogspot.com/2015/04/hudud-kita-tidak-perluakn-tun-dr-m-17415.html
Sunday, March 22, 2015
Wednesday, February 25, 2015
Wafatnya Ulama Munculnya Golongan Bodoh

Baru-baru ini seluruh umat Islam di bumi Nusantara amnya dan di Kelantan
khususnya dilanda kesedihan kerana meninggalnya satu-satunya ulama dan
juga umarak iaitu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat. Beliau
dipanggil mengadap Ilahi setelah menghabiskan masa hidupnya menegakkan
agama Allah menempuh segala halangan dengan sabar dan menyebarkan ilmu
Supaya masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Walaupun ada
pepatah melayu mengatakan patah tumbuh hilang berganti, kehilangan
tokoh ulamak TGNA ini tiada galang gantinya.
Walaupun begitu kita sepatutnya bersyukur kerana bumi bertuah ini masih
lagi mempunyai ulama yang diiktiraf oleh ulama sedunia iaitu Tuan Guru
Hj Abd Hadi bin Awang. Dengan perginya TGNA beliau seolah-olah berjuang
keseorangan dalam menegakkan syariat Islam apabila mendapat tentangan
golongan bodoh dari kalangan pemimpin yang dipercayainya selama ini.
Golongan yang bodoh ini muncul apabila membelakangkan ulama dalam jemaah
Islam tetapi mengambil kesetiaan terhadap penentang syariat Islam.
Dalam Ash-Shahiihain, dari Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu, ia
berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
من أشراط الساعة أن يُرْفَعَ العلم، ويَثْبُتَ الجهلُ.
“Termasuk tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya ilmu dan tetapnya kebodohan”.[1]
Al-Bukhari meriwayatkan dari Syaqiiq, ia berkata : “Aku pernah bersama
‘Abdullah dan Abu Musa. Mereka berkata : Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam pernah bersabda :
إن بين يدي الساعة لأيَّاماً يُنزَلُ فيها الجهلُ، ويُرْفَعُ العلم.
“Sesungguhnya menjelang hari kiamat kelak, akan ada hari-hari yang diturunkanya kebodohan dan diangkatnya ilmu”.[2]
Berkata Ibnu Baththaal rahimahullah :
وجميع ما تضمَّنَهُ هذا الحديث من الأشراط قد رأيناها، فقد نقص العلم، وظهر الجهل، وأُلْقِي الشحّ في القلوب، وعمّت الفتن، وكثرَ القتل.
“Seluruh tanda-tanda tentang hari kiamat yang terdapat dalam hadits
ini telah kita lihat. Sungguh, ilmu telah berkurang, kebodohan
merajalela, sifat kikir telah dijatuhkan/dijangkitkan dalam hati
(manusia), firnah telah tersebarnya, dan pembunuhan banyak terjadi”.[3]
Ibnu Hajar mengulas hal itu dengan berkata :
الذي يظهر أن الذي شاهده كان منه الكثير، مع وجود مقابله، والمراد من الحديث استحكام ذلك، حتى لا يبقى مما يقابله إلا النادر، وإليه الإشارة بالتعبير يقبض العلم، فلا يبقى إلا الجهل الصرف، ولا يمنع من ذلك وجودُ طائفة من أهل العلم، لأنهم يكونون حينئذ مغمورين في أولئك.
“Yang nampak, tanda-tanda hari kiamat yang disaksikannya itu memang
sudah banyak terjadi, bersamaan dengan adanya realiti yang sebaliknya.
Dan yang dimaksud oleh hadits adalah dominannya hal-hal tersebut
sehingga tidak tersisa hal yang tidak seperti itu melainkan sedikit.
Inilah yang diisyaratkan oleh hadits dengan ungkapan : ‘diangkatnya
ilmu’; tidaklah tinggal/tersisa kecuali hanyalah kebodohan. Namun hal
itu tidaklah menghalangi untuk tetap adanya sekelompok ahli ilmu (ulama)
di tengah umat, karena pada waktu itu mereka tertutup oleh dominasi
masyarakat yang bodoh akan ilmu agama”.[4]
Diangkatnya ilmu terjadi dengan diangkatnya (diwafatkannya) para ulama,
sebagaimana ditunjukkan dalam hadits ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash
radliyallaahu ‘anhuma, ia berkata : Aku telah mendengar Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
إن الله لا يَقْبِضُ العلمَ انتزاعاً ينتزعُه من العباد، ولكنْ يقبِضُ العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبقَ عالماً؛ اتَّخذ الناس رؤوساًَ جُهَّالا، فسُئِلوا ؟ فأفتوا بغير العلم، فضلّوا وأضلوا.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu dengan sekali cabutan
dari manusia. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para
ulama. Hingga ketika tidak tersisa lagi seorang berilmu (di tengah
mereka), manusia mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya,
dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan
menyesatkan (orang lain)”.[5]
An-Nawawiy berkata :
هذا الحديث يُبَيِّنُ أن المراد بقبض العلم في الأحاديث السابقة المطلقة ليس هو محوُه من صدور حفَّاظه، ولكن معناه : أن يموتَ حملتُه، ويتخذ الناس جُهَّالا يحكمون بجهالاتهم، فيضلُّون ويُضِلُّون.
“Hadits ini memberikan penjelasan akan maksud ‘diangkatnya ilmu’ -
sebagaimana tertera dalam hadits-hadits secara mutlak – bukanlah
menghapuskannya dari dada para penghapalnya. Namun maknanya adalah :
wafatnya para pemilik ilmu tersebut. Manusia kemudian mengambil
orang-orang bodoh yang menghukumi sesuatu dengan kebodohan mereka.
Akhirnya mereka pun sesat dan menyesatkan orang lain”.[6]
Dan yang dimaksud dengan ‘ilmu’ di sini adalah ilmu mengenai Al-Kitab
(Al-Qur’an) dan As-Sunnah, yang itu merupakan ilmu warisan para nabi
‘alaihis-salaam. Dan ulama adalah pewaris para nabi. Oleh karena itu,
kepergian mereka sama dengan perginya ilmu, matinya sunnah,
berkembangnya bid’ah, dan meratanya kebodohan.
Adapun ilmu keduniaan, maka itu merupakan tambahan. Bukanlah ia yang
dimaksud dalam hadits-hadits, dengan alasan sabda Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam : “Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu.
Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain)”. Kesesatan
hanyalah terjadi karena kebodohan dalam agama. Dan ulama yang hakiki
adalah ulama yang mengamalkan ilmu-ilmu mereka, mengarahkan dan
menunjukkan umat ke jalan lurus dan petunjuk. Ilmu tanpa disertai amalan
tidaklah banyak bermanfaat. Bahkan dapat menjadi bencana bagi
pemiliknya. Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dengan lafadh :
وينقص العمل
“Dan amal pun berkurang”.[7]
Berkata Al-Imam Muarrikh (ahli sejarah) Islam Adz-Dzahabi setelah menyebutkan sekelompok ulama :
وما أوتوا من العلم إلا قليلاً، وأما اليوم؛ فما بقي من العلوم القليلة إلا القليل، في أناس قليل، ما أقل مَن يعمل منهم بذلك القليل، فحسبنا الله ونعم الوكيل.
“Tidaklah mereka diberikan ilmu melainkan sedikit. Adapun hari ini,
tidaklah tersisa dari ilmu-ilmu yang sedikit tersebut melainkan lebih
sedikit lagi di tangan orang-orang yang jumlahnya sedikit pula. Dan
betapa sedikit lagi orang-orang yang beramal dengan ilmu mereka yang
sedikit itu. Hasbunallaahwani’mal-wakiil (Semoga Allah mencukupkan kita,
dan Dia-lah sebaik-baik Pelindung)". [8]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[1] Shahih Al-Bukhariy, Kitaabul-‘Ilmi, Baab Raf’il-‘Ilmi wa Qabdlihi wa Dhuhuuril-Jahli (1/178 – bersama Fathul-Baariy) dan Shahih Muslim, Kitaabul-‘Ilmi, Baab Raf’il-‘Ilmi wa Qabdlihi wa Dhuhuuril-Jahli wal-Fitan fii Aakhiriz-Zamaan (16/222 – bersama Syarh An-Nawawiy).
[2] Shahih Al-Bukhari, Kitaabul-Fitan, Baab Dhuhuuril-Fitan (13/13 – bersama Fathul-Baariy).
[3] Fathul-Baariy (13/16).
[4] Fathul-Baariy (13/16).
[5] Shahih Al-Bukhariy, Kitaabul-‘Ilmi, Baab Kaifa Yaqbidlul-‘Ilm (1/194 – bersama Fathul-Bariy), dan Shahih Muslim, Kitaabul-‘Ilmi, Baab Raf’il-‘Ilmi wa Qabdlihi wa Dhuhuuril-Jahli wal-Fitan(16/223-224 – bersama Syarh An-Nawawiy).
[6] Syarhun-Nawawiy li-Shahih Muslim (16/223-224).
[7] Shahih Al-Bukhariy, Kitaabul-Adab, Baab Husnil-Khuluq was-Sakhaa’ wa Maa Yakrahu minal-Bukhl (10/456 – bersama Fathul-Baariy).
Subscribe to:
Posts (Atom)



