Sunday, April 22, 2012
Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihanraya
19/4/12
Sesungguhnya keperibadian Muslim yang tulen merupakan batu bata yang menjadi tapak kepada pembinaan jamaah. Kukuhkan peribadi Muslim melalui program tarbiah fardi (perseorangan) atau secara jama’i). Jika berlaku kelemahan dan kecacatan di dalam proses pembinaan ini maka jamaah perlu dipertangungjawab kenapa perkara ini berlaku. Sekiranya jamaah sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur program, namun sikap ahli atau pimpinan yang tidak memperdulikan program ini, maka jamaah boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab ini.
Kerana kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan jangka panjang kepada parti Pas untuk meneruskan perjuangan, kerana perjalanan masih jauh. Kegagalan ini akan memberi kesan jangka panjang dan keruntuhan kepada jamaah. Mengakibatkan parti tidak boleh melahirkan keperibadian yang bertanggungjawab dan petugas yang sanggup memikul beban tugas yang merupakan amanah. Paling malang sekali, kesan yang paling buruk ialah mereka ini membebankan parti, bukan meringankan parti.
Sesungguhnya tabiat perjuangan itu sendiri yang perlu meletakkan asas yang kukuh kerana ia menuntut kita kepada amal jihad yang berterusan. Untuk mendapat kejayaan cemerlang, jamaah mesti melahirkan manusia yang memiliki akidah yang betul-betul memahami Islam mengikut sistem tarbiah yang baik untuk persediaan kepada jihad dan pengorbanan.
Imam Syhid Hassan al-Banna pernah menyatakan “Sesungguhnya lelaki bercakap bukan lelaki kerja,lelaki kerja pula bukan lelaki jihad, lelaki jihad yang semata-mata berjihad saja bukan lelaki yang bijaksana yang boleh mengeluarkan hasil yang memberi keuntungan besar melalui pengorbanan yang sidikit saja”
Tarbiah mempunyai kesan dan pengaruh jangka panjang dan pendik untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa dan keperluan amal di jalan dakwah, samada ketika menghdapi dugaan atau tipu helah musuh.
Tarbiah tidak sepatutnya dibataskan untuk ahli biasa sahaja, sedangkan peringkat atasan ditinggal begitu sahaja. Ia wajib diamalkan tanpa ada pilihan kerana setiap orang memerlukan bekalan dan bahan ingatan.
Tarbiah amat diperlukan sepanjang masa, terutama ketika suasana kritikal , seperti sewaktu pilihanraya. Suasana begini amat penting kerana unsur iman diperlukan untuk mendapat sokongan dan pertolongan Allah.
Meneruskan usaha tarbiah amat diperlukan sebagai persediaan kepada generasi akan datang untuk menyambung tugas perjuangan jihad sebagai barisan pelapis.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kecuaian terhadap program tarbiah.
Sheik Mustafa Masyhur dalam bukunya “Tariq al-Dakwah Baina al-Asalah wal-Inhiraf” (Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewingan) telah menggariskan beberapa perkara yang boleh menyebabkan program tarbiah terencat untuk menjadi ingatan kepada kita, supaya perkara ini tidak berlaku kepada parti Pas
a. Memberi tumpuan yang lebih kepada bidang politik dan meringankan aspek tarbiah . Hal ini diatur oleh politik yang terlalu sibuk menghabiskan masa dalam menyelesaikan masalah , kemusykilan dan perhitungan.
b. Tidak menyediakan para murabbi dan para pelatih. Para murabbi hanya menumpukan kepada peringkat tinggi, dan mengabaikan peringkat bawahan. Selain itu berlebihan memberi keutamaan kepada berceramah ke merata-rata tempat kerana banyak jemputan hingga melemahkan tugas mereka dalam aspek tarbiah.Dengan ini amat penting disediakan para murabbi untuk mengimbangkan program ceramah dengan tarbiah.
c. Usrah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Usrah tidak digunakan untuk mengasah bakat dan pembentukan peribadi dan membina akhlak.
d. Sibuk dengan bidang-bidang lain hingga mengenepikan tugas tarbiah.
Muhasabah yang diberikan oleh Sheikh Mustafa Mashur ini boleh kita mmbuat koreksi terhadap diri kita dan juga jamaah kita supaya ia menjadi jamaah yang unggul. Walaupun beliau menulis di dalam konteks negeri Mesir yang berbeza dari segi demografi dan suasana persekitaran politik. Namun beberapa saranan dan teguran beliau itu ada relevan untuk kita muhasabah diri dan parti kita.
Setiap ahli Pas mesti melatih diri mereka mengutamakan sudut amali daripada banyak bercakap. Elakkan diri daripada terjebak dengan pencemaran riya’ yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan amalan dan parti. Elakkan diri daripada menyebarkan diayah palsu sesama ahli jamaah
Elakkan pertengkaran dan perbalahan sesama anggota, kerana syaitan akan masuk campur dan berlakulah pertelingkahan dan permusuhan sehingga merosakkan ukhwah. Semua ini menjejaskan amal kerja untuk berdakwah. Rasulullah melarang kita dari bersifat demikian kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.
Memanglah ukhwah sangat penting dalam berdakwah dan berjihad supaya tidak ada peluang kepada musuh menembusi masuk ke dalam saf jamaah. Kecuaian terhadap ruh atau semangat ukhwah dan kasih sayang sesama anggota akan memberi peluang kepada syaitan dan musuh sehingga membawa kepada pertelagahan, kegagalan dan keruntuhan. Firman Allah SWT
“Dan janganlah kamu berbalahan, maka kamu akan gagal dan hilang kekuatan kamu” (Surah al-Anfal 46)
Imam Syahid Hassan al-Banna menasihat perkara ini “Masa merupakan kehidupan, dan tanggungjawab lebih banyak dari masa. Oleh itu janganlah kita sibuk dengan menguruskan kulit mengenepikan isi dan jangan sibuk dengan banyak cakap dan bertengkar tetapi mengenepikan amal.
Saturday, April 14, 2012
Thursday, March 29, 2012
Corat-Coret Sepetang Bersama Tuan Guru Hadi Awang

Oleh Shahbudin Husin
Petang Selasa 27 Mac lalu, saya dan beberapa aktivis politik telah berkesempatan bertemu dan bertukar-tukar fikiran bersama dengan Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi Awang di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Turut sama ialah Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar, Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Akhbarnya, Sdr Nassae.
Kumpulan aktivis politik yang hadir pula antaranya ialah Tamrin Tun Ghafar, Datuk Manan Othman, Datuk Mazlan Harun, Datuk Abdul Rahman Yunus, Soberi Shafie, Omar Ismail, dua bekas ahli UMNO yang kini menyertai DAP, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz dan Aspan Alias serta beberapa orang lagi. Kumpulan aktivis ini pada umumnya terdiri daripada ahli UMNO, ahli Pas, ahli DAP,golongan profesional dan mereka yang tidak berparti.Perbincangan secara terbuka dan penuh mesra itu bukan saja mencakupi isu-isu semasa khususnya dalam suasana politik negara yang cenderung kepada perlunya perubahan politik tetapi juga menyentuh beberapa isu lain yang selama ini agak kabur dan tidak diperbincangkan secara terbuka.
Haji Hadi yang bergegas daripada Parlimen untuk pertemuan ini melayan kami semua dengan baik dan mesra, menjawab semua pertanyaan dengan ikhlas dan terbuka serta tidak meletakkan perbezaan ideologi politik sebagai garis pemisah untuk menjalinkan ukhwah dan persaudaraan.
Selain menghuraikan perjalanan politik Pas dari dulu hingga sekarang yang mencakupi pelbagai susur galur serta pelbagai gelora turun naik yang sudah diharungi sejak daripada zaman Datuk Asri, ketika bersama Angkatan Perpaduan Ummah, percubaan mewujudkan kerajaan perpaduan ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan juga perkembangan terkini bersama Pakatan Rakyat.
Dengan meyakinksn bahawa politik ini adalah suatu amanah yang mesti dijaga dengan baik dan mengambil kira komposisi kaum di negara ini, Haji Hadi menegaskan bahawa Pas dalam apa juga keadaan akan tetap berpegang kepada menjamin kedudukan Melayu dan Islam dalam perjuangan politiknya.
Menurut beliau, perkara itu juga merupakan perkara yang diterima dalam Pakatan Rakyat di mana semua pihak pada hakikatnya menerima realiti politik itu, sambil memberi contoh tentang kesediaan kaum dan parti lain memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada calon Melayu daripada Pas pada tahun 2008 dulu sebagai buktinya sedangkan Pas hanya memenangi enam kerusi DUN saja.
"Kita akan terus berjuang untuk memperkasa Melayu dan Islam selepas piliharaya umum akan datang ini kerana itulah teras politik negara," tegas beliau.
Penegasan ini dengan sendirinya mematikan tohmahan UMNO dan BN selama ini bahawa Pas adalah tunggangan DAP dan seringkali tunduk kepada tuntutan bukan Melayu dalam pelbagai aspek.
Haji Hadi juga menjelaskan dengan panjang lebar tentang persefahaman politik Melayu dan bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat, isu pengundi muda, pengundi hantu, isu Felda, peranan media, negara berkebajikan, hukum hudud, politik semasa di Kedah dan Selangor termasuk isu pemecatan Dr Hassan Ali, pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat, isu berkenaan Najib dan banyak lagi aspek turut menjadi topik perbincangan.
Berkenaan gaya politik Najib, Haji Hadi berkata, keghairahan Najib untuk mengekalkan kuasa dan menawan negeri-negeri tertentu sebenarnya hanya didorong oleh kekayaan negeri tersebut dan bukannya untuk memperkasakan kedudukan Melayu.
Menurut beliau, Selangor menjadi idaman Najib adalah kerana harta dan kekayaannya, bukan untuk menolong orang-orang Melayu yang menjadi penduduk negeri itu.
Dalam isu yang berkaitan, kata beliau, UMNO juga hanya menambah jumlah pengundi di kawasan yang mereka boleh menang sahaja dan mengetepikan sama sekali aspek untuk menguatkan kedudukan Melayu dan Islam di sesuatu kawasan itu.
"Tidak ada usaha bersungguh daripada UMNO untuk menambah jumlah pengundi di Kelantan dan Terengganu yang semuanya Melayu tetapi menambah dengan banyak pengundi di Selangor dan Pahang" tambah beliau lagi.
Banyak lagi penjelasan-penjelasan menarik yang dituturkan oleh Hadi Hadi dalam pertemuan ini sebenarnya tetapi sudah tentulah tidak semuanya dapat dikongsi bersama. Namun daripada kerendahan budi dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Haji Hadi, banyak persefahaman sudah berjaya termetrai di hati dan keyakinan antara satu sama lain.
Dan hakikat yang tidak boleh ditolak ialah adanya titik pertemuan, persefahaman dan keyakinan bahawa hanya dengan perubahan dalam PRU 13 ini sahaja yang mampu menyelamatkan negara ini dapat diwarisi dengan makmur dan sejahtera untuk generasi seterusnya.
Wednesday, March 21, 2012
Najib urus Negara macam Syarikat Sdn Bhd

Sunday, March 11, 2012
Seks Songsang Pelajar Serius
pengarang@utusan.com.my
| |
| Azwanddin |
KUALA LUMPUR 10 Mac - Kajian yang dilakukan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat sepanjang tahun lalu berkenaan pembabitan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan seks sejenis.
Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, statistik bagi seluruh negara itu amat membimbangkan dan keadaan dijangka menjadi lebih dahsyat sekiranya perjuangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mendapat tempat di negara ini.
"Untuk bulan Januari tahun ini sahaja, sudah empat laporan polis dibuat mengenai kes ini yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah dan itu tidak mengambil kira lagi kes-kes yang tidak dilaporkan.
"Kita lihat masalah keruntuhan akhlak ini semakin menjadi-jadi dan lebih merisaukan adalah apabila terdapat hampir 20 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta beberapa parti politik yang secara terbuka menyokong LGBT," katanya ketika Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sumber : Utusan Online
