Monday, June 21, 2010

Medan Pemuda Batu Rakit 2010 (MEMBARA) kali ke 5

MEMBARA kali ke lima pada tahun ini selamat di adakan Sabtu kemarin. Program bermula dengan ceramah perasmian oleh Ketua dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah bersama dengan Ustaz Rozali Muhammad dan saya sendiri pada 18 Jun hari jumaat malam.

Seawal 4.50 pagi sabtu peserta di kejutkan untuk solat tahajjud. Selepas solat dan kuliah subuh pula acara tahunan, larian Amal sejauh 2.5 km mengelilingi kampung di adakan.

Selepas itu acara sukaneka seperti Kaki Hantu, Congkeh dan pasang tiub motosikal, sepakraga bulat di adakan di samping acara rutin MEMBARA iaitu ziarah veteran PAS Cawangan.

Jam 12 tengahari bermula jamuan rakyat. Seekor lembu dan seekor kambing di sembelih untuk jamuan tengahari itu. Kuliah Zohor di adakan selepas solat berjemaah dengan kehadiran peserta yang sangat membanggakan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pada sebelah petang pula bermula acara yang di tunggu-tunggu iaitu pertandingan motocros. Acara ini di adakan lagi pada tahun ini setelah mendapat sambutan hangat pada MEMBARA ke 4 tahun lepas di Bukit Nenasi.

Pada kali ini pun acara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan di jangka akan menjadi acara tetap MEMBARA.

Acara terakhir di adakan adalah kemuncak program setiap tahun iaitu acara tarik tali. Juara bertahan iaitu cawangan Pecah Rotan berjaya mempertahankan kejuaraan di tempat sendiri tahun ini dan mengekalkan piala pusingan acara tarik tali MEMBARA.

MEMBARA tahun ini diadakan di Kampung Pecah Rotan sebagai tuan rumah. Berikut sebahagian gambar yang di rakam oleh sahabat-sahabat...








Lagi Gambar MEMBARA 5 sila Klik DISINI

Thursday, June 17, 2010

Al Fatihah untuk Al Marhum Ustaz Hassan Syukri

Biarpun dah berlalu beberapa hari pemergian Allahyarham Ust Hassan Syukri, bagi merakamkan penghargaan yang tinggi terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada parti, saya copy pastekan artikal ini untuk blog saya....


Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS
Ditulis oleh Harakahdaily
TUESDAY, 15 JUNE 2010 02:42


KUALA LUMPUR, 15 Jun - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.


Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.



Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.


Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.


“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.


Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.


“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Tuesday, June 1, 2010

Konvoi Gaza-PAS kutuk Israel, minta rakyat Malaysia solat hajat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan helikopter tentera Israel yang menyebab 16 orang anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara meninggal dunia dan hampir 30 orang cedera. Rakyat Malaysia antara yang dilaporkan terkorban dalam serangan barbarian ini.

Konvoi bantuan untuk rakyat Gaza yang mengandungi 7 buah kapal ini telah memulakan perjalanan dari Laut Mediterranean tetapi mula dikepung oleh tentera Israel dan setakat ini hanya Kapal Mavi Marmara sahaja yang melaporkan diserang.

Kapal-kapal ini turut membawa ahli-ahli parlimen dari Malaysia, Eropah dan beberapa negara lain dan mereka kini berdepan dengan serang-serang yang lebih berat dari regim Israel.

PAS berharap agar Kerajaan Malaysia, OIC dan anggota PBB lain bangkit mengutuk tindakan ganas Israel ini dan menuntut agar kapal-kapal ini dibenarkan masuk menghantar bantuan ke Gaza. Satu persidang khas OIC perlu dilakukan segera bagi membincangkan hal ini.

PAS juga meminta supaya rakyat dinegara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine. Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini dan satu demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat) dihadapan keduataan Amerika selepas solat Jumaat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Followers