Thursday, December 29, 2011
Akibat Menolak Hukum Allah
Lapuran Utusan Malaysia hari ini semakin membuktikan kegagalan undang-undang manusia menyelesaikan masalah masyarakat. Keruntuhan institusi keluarga akan mengakibatkan bencana kemusnahan nilai kemanusiaan dalam satu-satu masyarakat.
Ianya bermula dengan kedegilan manusia yang merasa lebih pandai daripada tuhan yang menjadikan mereka dengan mencipta undang-undang sendiri untuk mengatur kehidupan masyarakat. Akibatnya bukan sahaja masalah sosial tak selesai, bahkan yang berlakunya apa yang sedang kita lihat dan alami sekarang.
Semakin hancurnya akhlak di kalangan generasi baru, pergaulan bebas yang melampau, pemujaan kepada hiburan, fesyen dan ikutan budaya barat semakin menyesakkan mata dari sudut pakaian, rambut, percakapan dan seribu satu macam budaya lagi. Jika di suluh dengan syariat, maka kita akan melihat betapa jauhnya kita daripada akhlak yang kita mengaku sebagai beragama Islam.
Sudah sampai masanya kita balik semula kepada hukum Allah. Yakinlah kepada jaminan Allah, jika dilaksanakan hukum syariat, masalah masyarakat akan dapat di selesaikan.
Sudah lebih 50 tahun penjajah Inggeris meninggalkan negara kita secara fizikal. Tetapi undang-undang penjajah masih berjalan dan di ikuti sehingga sekarang untuk mengurus kehidupan masyarakat negara ini. Selagi UMNO dan BN masih memerintah negara ini, mereka akan terus dengan perlembagaan yang di tinggalkan penjajah untuk terus menjajah kita secara proksi ini.
Pilihanraya umum ke 13 bakal menjelang dalam sebulan dua ini. Ia merupakan peluang terbaik kita sebagai orang Islam untuk membuat perubahan. Mengapa takut nak berubah? Sedangkan air yang mengalir lebih jernih dan bersih berbanding air yang bertangkung lama tidak bertukar.
Air adalah kehidupan kita. Sepatutnya ia menjadi contoh untuk kita mengalir melakukan perubahan, walaupun mungkin akan berhadapan dengan halangan dan sekatan. Tetapi jika kita terus mengalir untuk berubah halangan tetap dapat di atasi walau sebesar dan setinggi manapun sekatan di hadapan...
Perkahwinan kian rapuh
Laporan Khas Utusan Malaysia 29/12/2011
Statistik menunjukkan 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai.
Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.
Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta ‘kekasih gelap’, ekonomi dan tabiat atau watak kritikal pasangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment