Wednesday, November 9, 2011

Kerja Lebih 8 Jam Sehari : Ingin Lebih Atau Perlu Cukup?


BERNAMA melapurkan kajian yang dibuat bahawa rakyat Malaysia ramai yang bekerja lebih 8 jam sehari. Persoalan nya adakah perkara tersebut di sebabkan ketamakan kepada harta ataupun sememangnya pendapatan rakyat semakin tidak cukup menyebabkan terpaksa bekerja lebih daripada masa sepatutnya.

Bekerja lebih masa mencari wang bukan sahaja melanggar fitrah yang menyebabkan bahaya kepada kehidupan, tetapi juga keluar daripada tujuan manusia itu di jadikan oleh Allah.

Manusia di jadikan bukan semata-mata untuk mencari makan, walaupun mencari makan itu adalah antara keperluan manusia hidup. Berdasarkan apa yang di nyatakan oleh Allah di dalam Al Quran, para ulama' menyatakan , tujuan manusia di jadikan adalah di atas tiga tujuan utama;

1. Ibadah ( Surah Az-Zaariyat ayat 56 - 58 )
2. Khilafah ( Al-Baqarah ayat 30 )
3. Amanah ( Al-Ahzab ayat 72 )

Apabila kehidupan manusia menyimpang daripada tujuan mereka di jadikan, maka kita dapat melihat bagaimana keruntuhan tamaddun kemanusiaan berlaku dengan dahsyatnya.

Yang dapat dilihat pada hari ini adalah tamaddun kebendaan sehingga manusia tidak lagi hidup sebagaimana sepatutnya fitrah mereka di jadikan.

Dalam negara kita bukan sahaja fenomena kerja lebih daripada masa sepatutnya , tetapi usia kehidupan telah di habiskan untuk bekerja dan cari makan, sehingga tugas ibadah, khilafah dan amanah telah menjadi perkara sampingan.

Lebih-lebih lagi secara fitrahnya tugas mencari makan adalah tanggungjawab orang lelaki, tetapi berlaku pada hari ini adalah sebaliknya.

Kita telah di paksa supaya orang perempuan turut sama bekerja walaupun ianya melanggar fitrah. Saya sebut di paksa kerana sebahagian besar kita pada hari tidak cukup belanja jika lelaki sahaja yang bekerja. Sebagaimana juga kita di paksa menghabiskan sebahagian besar hidup kita memikirkan tentang cari makan.

Bila fitrah di langgar, maka itulah yang dapat dilihat dalam masyarakat pada hari ini. Keruntuhan moral secara besar-besaran berlaku. Budaya zina, budaya dadah, budaya rasuah dan seribu satu penyakit yang semakin menjadi budaya dalam masyarakat.

Sehingga orang yang baik tidak lagi di lihat baik, bahkan yang di sanjung adalah orang yang melakukan maksiat dan kejahatan.

Adakah tumpuan kepada cari makan itu berpunca kepada kurangnya sumber kekayaan?

Negara kita adalah antara negara yang mempunyai sumber kekayaan yang banyak. Selain tanah yang subur, kita juga di anugerahkan sumber minyak dari lautan. Pendapatan negara sangat besar daripada anugerah sumber alam ini.

Jika di senaraikan projek-projek mega yang di buat dalam negara, yang melibatkan wang bukan sahaja jutaan, tetapi billion RM, sudah cukup menggambarkan betapa mewahnya harta negara.

Contoh di negeri Terengganu sahaja nilai satu-satu projek yang dilaksanakan tidak lagi berjumlah satu atau dua juta, tetapi bernilai ratus dan ribu juta.

Untuk tujuan sukan sahajapun kerajaan sanggup membina stadium runtuh beratus juta, walaupun hanya dapat di gunakan setahun sahaja. Untuk kemegahan dan hiburan entah berapa bilion di habiskan untuk Taman Tema Pulau Wan Man, Monsoon Cup, Taman Safari, Taman Burung dan seribu satu taman lagi...

Belum lagi kita melihat projek-projek kecil dan sederhana yang di bazirkan peruntukan hampir separuh daripada bajet sebenar projek.

Banyaknya harta negara kita sehingga isteri pemimpin negara mampu membeli sebentuk cincin dengan harga RM24 juta. Bayangkan jika cincin dengan harga itu, aksesori yang lain berapa pula nilainya....

Tatapi ironinya ... dengan begitu kayanya negara kita, mengapa rakyat terpaksa menghabiskan umur mereka semata-mata bekerja mencari makan, sehingga meninggalkan tugas utama mereka?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ramai bekerja lebih lapan jam sehari

KUALA LUMPUR - Hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut dapatan kajian global terbaharu dari Regus.

Regus, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, telah mendapatkan maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara.

Alasan tekanan pada waktu bekerja yang boleh dipertikaikan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan pemulihan dalam ekonomi yang perlahan di ekonomi matang dan sebaliknya sangat pantas dalam ekonomi baharu muncul, kata Regus dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Naib Presiden Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William Willems berkata, kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai garisan kerja dan rumah.

Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat dari segi fizikal, katanya.

"Sambil kajian kami mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah," katanya, sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang melakukan perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.

Perniagaan yang membolehkan warga kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang berdekatan rumah dan menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan tekanan keseimbangan kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif, komited dan lebih sihat, katanya. - Bernama

No comments:

Followers