Monday, June 29, 2009

Mansuhkan PPMSI

Oleh : Ustaz Nasarudin Tantawi ( Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat )

Mansuhkan PPMSI

1. Kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), awal Julai ini.

2. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan demikian - jaminan yang paling konkrit pernah disampaikan oleh kerajaan - ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Parlimen pagi semalam. Makin banyak pihak mempertikaikan PPSMI akhir-akhir ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.

3. Kemuncaknya pada Mac lalu, dengan di ketuai barisan sasterawan Negara terbilang, Dato‘ A Samad Said, puluhan ribuan penentang dasar ini berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan harapan baginda campur tangan dalam PPSMI.

4. Telah banyak bukti – bukti yang dikemukakan serta kajian yang di lakukan oleh pejuang bahasa yang terbukti pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memberi kesan negatif pada para pelajar khususnya di kawasan pedalaman.
5. Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] mendesak agar kerajaan mengambil keputusan menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan segera tanpa terus dengan kajian atau penyelidikan kerana ia telah terbukti merosakkan sistem pembelajaran kebangsaan serta menolak kedaulatan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

6. Pada masa yang sama DPPP menegaskan bahawa kita tidak pernah prejudis terhadap bahasa Inggeris malah mengharapkan agar Mata Pelajaran Bahasa Inggeris diperkasa atau dipertingkatkan mutu pembelajarannya , justeru ia adalah bahasa yang perlu dikuasai oleh generasi kita hari .

No comments:

Followers