Thursday, January 27, 2011

Tinjauan Tenang

Setiap kali pilihanraya dan bila PAS meletakkan calon bertanding, maka harapan kita adalah calon kita menang. Kita menyertai pilihanraya untuk tujuan dakwah. Samada menang memerintah kerajaan atau menang sebagai pembangkang, matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia daripada kehancuran jahiliyah.

Namun jika melihat kepada majoriti kekalahan calon kita pada PRU 12 yang lepas di DUN Tenang yang sedang berlangsung kempen PRK sekarang, harapan untuk menang agak tipis. Mungkin sokongan pengundi cina boleh meningkat jika melihat perkembangan kempen yang tinggal 2 hari sahaja lagi ini. Tetapi bagi pengundi melayu daripada penduduk 3 buah felda dalam DUN Tenang, agak sukar walaupun tidak mustahil ada sedikit peningkatan undi.

Dengan segala upaya yang ada, meskipun mungkin sangat sukar untuk menang, tetapi sekurang-kurangnya dengan adanya PRK ini memberi peluang kepada pimpinan dan petugas kita menyampaikan dakwah dan maklumat tentang Islam kepada semua lapisan penduduk di DUN Tenang, samada Islam atau bukan Islam.

Sebagaimana di rancang awal lagi saya sempat juga meninjau dan menyertai petugas kempen walau hanya sekejap di felda Cemplak. Bertolak petang 20 jan dan pulang setelah selesai Penamaan calon 22 jan yang lepas.

Apa yang di perhatikan sepintas lalu, kesedaran penduduk felda terhadap perubahan bukannya tidak ada, tetapi cengkaman UMNO terlalu kuat untuk di tembusi. Namun InsyaAllah dengan kerja kuat dan pergantungan kepada Allah, jika PRK ini kita belum menang, tetapi untuk PRU akan datang kita mungkin boleh buat kejutan di Tenang....

No comments:

Followers