Friday, April 22, 2011

Mesyuarat Agung DPPKS Kali Ke 31



Untuk Kenangan; Saf AJK DPPKS sessi 2009 / 11.




Sudah dua minggu berlalu Mesyuarat Agung Tahunan DPPKS kali ke 31. Ketua baru DPPKS telah di lantik. Sdr Muhammad Zaidan Abdullah adalah Setiausaha DPPKS bagi sessi 2007/09 dan 2009/11. Sessi ini beliau di amanahkan sebagai ketua untuk meneruskan missi Pemuda PAS Kawasan Setiu dan Pemuda PAS umumnya bagi mencapai cita-cita menegakkan Islam di bumi tercinta ini.


Kehadiran Mesyuarat Agung yang di adakan pada petang jumaat 8 April yang lepas, agak memberangsangkan dengan lebih 150 orang perwakilan di catatkan ketika sessi pendaftaran di jalankan. Berbanding tahun-tahun yang lepas rasanya tahun ini agak mencatat sejarah dari sudut kehadiran. Termasuk kehadiran orang tua tempatan yang mahu mendengar ucapan perasmian yang di buat oleh Al Fadhil Ustaz Ridhuan Mohd Noor, EXCO DPPP, kehadiran pada petang tersebut adalah lebih 200 orang.

Dengan jamuan gulai kambing ala Kelantan yang di hidangkan secara buffet kepada semua hadirin pada petang tersebut, hampir licin juga nasi dan lauk yang pada asalnya di jangkakan hanya untuk 120 orang sahaja.


Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang di plih dan lantik sebagai Ahli Jawatankuasa DPPKS sessi baru ini. Sessi ini adalah sessi Pilihanraya yang di jangka di adakan bila-bila masa dari sekarang sehingga berakhir penggal pada Mac 2013.




Para Perwakilan ketika sessi pengundian AJK baru...




Ketika persidangan berlansung. Semua bersila di atas lantai surau meneruskan tradisi persidangan DPPKS sebelum ini.

No comments:

Followers