Lontaran pandangan Dr Asri bahawa pemimpin Ulama PAS jangan jadi macam
Ayatollah yang tak boleh ditegur menghangatkan sedikit suhu dalam Ulama
PAS. Beberapa kenyataan Ulama termasuk dari Ketua Ulama dan ketua
Penerangan Ulama menjadi perhatian. Termasuk juga pandangan Timbalan
ketua Dewan Pemuda juga Ulama.
Pandangan Asri itu tidak ada salahnya. Beliau menyatakan teguran beliau
yang mungkin kebimbangan beliau. Namun dalam dunia politik dan suhu yang
agak panas, segala teguran sewajarnya berada di atas asas yang telah
berlaku. Ringkasnya ... teguran itu mesti ada asas kewujudannya.
Saya teringat guru guru saya dulu yang mengajar tentang najis
seringkali menyelitkan cerita hukum air mani yang suci . Pertanyaan
tentang bolehkah air mani itu di jadikan air wudhu jika dua kolah..
Jawapannya mudah...himpun dulu biar jadi dua kolah. Assyahid Hasan Al
Banna juga memberi penekanan agar kita membincangkan perkara yang
menghasilkan natijah kerja dan bukan membincangkan perkara yang bersifat
ramalan, apatah lagi ramalan itu menjelma dalam persepsi ia wujud dan
berlaku.
Semua tahu bahawa Syiah adalah isu yang menjadi perhatian akhir akhir
ini. Pihak kerajaan dan pihak berkuasa agama juga berkerja keras
membendung Syiah dari berkembang. Ringkasnya ... Syiah memang sudah
buruk dan jahat di mata masyarakat Islam terutama kita yang berpegang
dengan Ahli Sunnah... Menghubungkan dengan ulama PAS adalah sesuatu
yang bersifat jahat. Ia menjadikan PAS akan dijauhi dari masyarakat
terutama melayu yang tebal dengan ahli sunnah .
Kita mungkin tahu dan bersangka baik dengan jawapan Dr Asri kerana ia
menjawab kehendak Moderator yang terkenal kurang mesra dengan PAS yang
dipimpin oleh Ulama. Namun jawapan dan kenyataan Dr Asri sewajarnya di
jawab oleh ulama PAS . Menjawab bukan beerti tidak berlapang dada.
Menjawab beerti memberi pencerahan dan kefahaman. membiarkan ia menjadi
fitnah adalah sifat bodoh ... bukan berlapang dada!
kenyataan Asri juga memberi beberapa implikasi... dalaman dan luaran...
Implikasi luaran ialah... Pandangan serong masyarakat terhadap PAS dan
kaitannya dengan Syiah. Walaupun bukan itu dimaksudkan Dr Asri, namun
persepsi tetap timbul apabila kaitan dan label yang diberi. Ia merugikan
masa depan politik PAS jika dibiarkan tanpa jawapan.
Implikasi dalaman ialah anggapan perlunya PAS di pisahkan dari
kepimpinan Ulama kerana Ulama tidak boleh ditegur??Tidak berlapang
dada.. Jika tuduhan pemimpin PAS tak boleh ditegur ... mengapa hanya
dituju kepada ulama sahaja?? bukankah ada lagi pemimpin PAS yang juga
tidak boleh ditegur... sekalipun teguran itu datangnya dari Mursyidul am
dan Presiden sendiri?
Presiden PAS ternyata sangat berlapang dada dengan teguran. Sebagaimana
telah dijelaskan dalam kenyataan pemimpin Ulama, Bagaimana terbukanya Tg
Presiden merelakan Dr Aziz Bari mengkritik beliau secara terbuka di
pentas PAS secara berhadapan... apakah ada pemimpin yang berlapang dada
sebegitu?
Persoalan saya kepada isu yang ditimbulkan Dr Asri ialah kenapa Ulama di
dalam PAS menjadi sasaran kritikan atau nasihat beliau? mengapa tidak
kepada pemimpin PAS secara umum jika PAS yang menjadi sasaran
berdasarkan kehendak moderator? atau ia merupakan satu usaha berterusan
menjatuhkan kepimpinan Ulama PAS... ?
Ternyata ramainya pengulas dalaman yang sangat berminat terhadap isu
ini dan menjadikan Ulama PAS sebagai sasaran kritikan. Ia bukti kerja
ini dirancang dengan sangat teliti... Jika dulu hanya umNO yang
menyerang ulama.. kini kerja itu diserahkan kepada golongan anti ulama
di dalam PAS.. apakah mereka adalah musuh dalam selimut yang sengaja
berusaha mencari jalan melemahkan Jamaah Islam dengan memisahkannya dari
kepimpinan Ulama??? tiada yang mustahil!!!
sumber : http://anaksengat.blogspot.com/2012/10/ayatollah-dalam-pas.html
No comments:
Post a Comment