KUALA TERENGGANU -
Perasaan marah rakyat negeri Terengganu semakin 'meluap-luap'
khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Said terutama
dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan dan dirampas oleh kerajaan
Umno dan Barisan Nasional (BN).
Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun
secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu
(MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman.
Lima
memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil
Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato’ Seri Ahmad di
Wisma Darul Iman, dekat sini, pada Selasa 24 April.
Antaranya, Dr
Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi,
Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah
Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak
Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili
Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa
Bertindak Tanah Banggol Donas.

Mereka
dibawa bertemu dengan Ahmad yang diiringi oleh Adun Wakaf Mempelam,
Mohd Abdul Wahid Endut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun)
Terengganu berhenti rehat sekitar jam 11.00 pagi.
Sebelum itu,
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain
turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan
yang ‘tersekat’ di pintu masuk Wisma Darul Iman.
Tinjauan
mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman
bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan
Nasional (BN) Terengganu.
Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma
Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikan
slogan-slogan mengutuk tindakan Umno-BN yang ‘merampas’ tanah rakyat.
Slogan
‘Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB’, ‘Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami’,
‘Kami Bukan Perompak dan Penjenayah’ dan ‘Kenapa Rampas Hak Kami’ serta
banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit.

Menurut
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat,
kerajaan Umno-BN Terengganu ini zalim dan khianat terhadap rakyat
sendiri.
“(Tanah) Sekolah rendah yang dirampas oleh kerajaan
yang kita rasa amat terkilan, tanahnya dua ekar diluluskan oleh MMKN
(Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) tetapi dirampas (tinggal) seekar,
“yang
kedua melibatkan tanah (RTB) Kubang Labi, Kampung Banggol Permairsuri,
melibatkan tanah yang diambil untuk I-SHARP tanah yang melibatkan hak
orang kampung turut dirampas,
“yang ketiga melibatkan petani
(padi) di Kampung Jelapang (Setiu) melibatkan lebih seratus orang yang
diusahakan oleh orang kampung,”ujarnya dalam sidang media selepas
pennyerahan memorandum tersebut.
Beliau berkata, turut
diserahkan adalah memorandum yang melibatkan projek jalan dan jambatan
Kampung Jeram yang termasuk tanah penduduk Kampung Banggol Donas yang
diambil tanpa dibayar pampasan.
Dalam kes Kampung Banggol Donas,
beliau menyelar tindakan kerajaan yang mennafikan hak rakyat
seolah-olah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.

“Projek
lebuhraya yang masuk kampung Banggol Donas tanpa dibayar pampasan dan
kelulusan, terus dia masuk (buat projek), ini ada penafian hak rakyat
seolah-olah kerajaan sebagai pemerintah dia boleh lakukan apa sahaja,
“(dan) rakyat tidak patut membiarkan begitu sahaja,”tegasnya.
Memorandum
yang kelima, menurut Ustaz Satiful adalah melibatkan tanah generasi
kedua peneroka Felda yang diserahkan kepada FGVH (Felda Global Venture
Holding) yang akan diapungkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.
Katanya dengan tindakan tersebut menyebabkan bepuluh ribu ekar aset rakyat negeri Terengganu akan hilang begitu sahaja
Hadir
sama ketika penyerahan memorandum rakyat kepada Ahmad adalah
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan
Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.