Sunday, November 20, 2011

Wajib Memenangi Pilihanya


Kita wajib menang pilihanraya ke 13 akan datang. Itu penegasan yang di buat oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam Majlis Makan Malam Penerangan Negara Berkebajikan yang di adakan di sebuah restoran di Gong Badak 17 november lepas.

Dalam majlis anjuran Lujnah Penerangan PAS Kawasan Setiu itu juga, Dato' Tuan Ibrahim menyatakan Landasan Negara Berkebajikan adalah merupakan perlaksanaan kepada prinsip Negara Islam yang menjadi cita-cita perjuangan PAS selama ini.

"PAS menyediakan satu asas yang kukuh berpandukan perintah Allah bagi merealisasikan apa yang di gariskan di dalam tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat jika di beri peluang memenangi PRU akan datang. Lantaran itu ahli PAS mesti pastikan parti berjaya memenangi banyak kerusi supaya Negara Berkebajikan benar-benar di hayati dalam pemerintahan", kata Tuan Ibrahim lagi yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Dalam Majlis itu juga turut hadir adalah YB Haji Mohd Abd Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam ucapannya YB Haji Wahid menyatakan bahawa PAS Terengganu akan meletakkan calon yang boleh menang bagi memastikan PAS berjaya memerintah kembali negeri Terengganu selepas PRU nanti.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Setiu di atas usaha mengadakan majlis makan malam bagi mencari dana sebagai persediaan semaksima mungkin untuk berhadapan dengan Pilihanraya yang akan di adakan bila-bila masa dari sekarang.

No comments:

Followers