Thursday, December 30, 2010

Pas Ganti Umno

Harapan rakyat sangat tinggi mahu melihat perubahan pada PRU akan datang. Kepimpinan UMNO seakan hampir pasti sampai ke penghujung menjelang PRU 13 nanti.

Sejak merdeka sudah enam orang Perdana Menteri Malaysia. Semuanya daripada UMNO. Setiap dari mereka mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Biasalah manusia. Namun melihat dan menilai sosok yang menjadi PM sekarang, sangat terasa serba tidak kena.

Naik menjadi PM dengan rekod yang sangat buruk. Berbagai skandal melingkari latar belakang sepanjang berada dalam kabinet Malaysia. Pernah di kaitkan skandal seks dengan artis, skandal mustakizah, skandal komisen pembelian kapal selam dan peralatan perang yang lain ketika menjadi menteri pertahan. Terbesar skandal pembunuhan Altantuya.

Sama ada benar atau tidak penglibatan DS Najib dengan semua skandal yang di katakan dia terlibat itu, tentulah kita tidak mampu sahkan, kecuali mereka yang terlibat sahaja yang mengetahuinya. Namun apabila tidak ada satu kes yang berkaitan itu di bersihkan oleh mahkamah, sedangkan ianya terus di perkatakan, maka imej DS Najib yang cuba di perlihat baik oleh perunding antarabangsa (APCO) itu, seakan tidak begitu memberi kesan.

Selepas di lantik menjadi PM, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, DS Najib masih lagi terpaksa meneruskan tradisi Tun Mahathir berbelanja besar dengan projek-projek mewah. Tradisi ini cuba di sekat di era Tun Abdullah yang menyebabkan orang-orang Mahathir mengamuk sehingga Abdullah terpaksa meletak jawatan.

Yang terbaru ini apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga barang keperluan dengan begitu drastik di hujung tahun, di saat sessi persekolahan baru akan bermula, rakyat di bebani dengan kos sara hidup yang berlipat kali ganda. Apabila bahan asas seperti minyak, gula dan tepung di naikkan harga, maka secara automatik semua barangan lain pun akan melambung naik.

Lantaran itulah apabila Pakatan Rakyat membuat tawaran 10 perkara apabila di pilih oleh rakyat memerintah nanti, ianya mampu memberi alternatif kepada rakyat untuk berubah. Daripada kerajaan yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengkaya kan beberapa kerat manusia berbanding rakyat keseluruhannya, rakyat patut memberi peluang kepada parti lain untuk membetulkan semula keadaan hidup masyarakat Malaysia keseluruhannya. Baik dari sudut ekonomi mahupun keadilan sosial, apatah lagi kehidupan beragama.

Tentulah parti lain untuk menggantikan UMNO yang di perlukan oleh rakyat Malaysia adalah parti PAS. PAS telah membuktikan kewibawaannya mampu bertahan sekian lama sebagai antara parti tertua di Malaysia. Samaada sebagai pembangkang mahupun sebagai kerajaan di beberapa buah negeri yang pernah dan sedang di perintah oleh PAS.
Dengan pelbagai kemelut yang melanda negara sekarang, rasanya DS Najib tidak akan mampu bertahan sehingga habis penggal iaitu 2013 atau 2012. Semakin lama, populariti serta sokongan kepada kepimpinan beliau semakin terhakis. Berbanding Tun Abdullah yang menang besar pada penggal pertama menjadi PM, DS Najib yang di lantik menjadi PM selepas PRU ke-12, tahun 2008 mungkin akan berhadapan kekalahan teruk jika menangguhkan lebih lama untuk mengadakan PRU ke-13.

Jika di peringkat global kita melihat sekarang pengaruh Amerika semakin terhakis dan mungkin akan di gantikan dengan kuasa baru untuk menguasai ekonomi dunia. Zaman wang dollar semakin berlalu dan akan di gantikan dengan wang elektronik sepenuhnya nanti. Seiring itu masyarakat dunia pun akan berubah mengikut arus semasa ini. Rakyat Malaysia pun tidak akan terkecuali dengan arus yang melanda ini.

Lantaran itu satu bentuk pemerintahan baru sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia. Idologi manusia hanya mampu membina tamadun kebendaan dan telah terbukti gagal membina tamadun kemanusiaan. Untuk membina tamadun kemanusiaan, kita perlu kembali kepada fitrah kejadian manusia iaitu Islam.

Lantaran itu perjuangan mengalahkan UNMO yang beridologikan kebendaan itu mestilah di gantikan oleh golongan yang meletakkan Islam sebagai dasar kehidupan manusia yang merupakan agama fitrah.

Explorace Bermotosikal

Sempena cuti Krismas baru ni Lujnah Sukan Dewan Pemuda Pas Kawasan Setiu dengan kerjasama Pemuda DUN menganjurkan satu program yang agak menarik. Walaupun ini merupakan percubaan pertama, tetapi ia berjaya menarik penyertaan yang mencukupi daripada cawangan-cawangan dalam DUN Batu Rakit.

Dengan kerjasama yang padu daripada AJK pemuda DUN, para peserta di dedahkan dengan satu pengisian yang berbeza daripada sebelum ini.
Dengan peserta 5 atau 6 orang satu pasukan / caw, para peserta memulakan pengembaraan dari Pej DUN Batu Rakit ke enam lokasi check poin melibatkan seluruh DUN. Setiap check poin yang wajib di lawati, peserta akan di soal dengan berbagai soalan, samada berkait dengan dunia automotif, politik mahupun hukum hakam fekah dan juga pengetahuan am berkenaan agama.

Urusetia program setia menunggu ketibaan peserta.
Pasukan Pecah Rotan, antara yang awal sampai
Sempat menyampaikan sedikit tazkirah di majlis penutup/penyampaian hadiah
Wakil pemenang tempat keempat, pasukan Maras sedang menerima hadiah daripada Ketua Lujnah Sukan DPPKS yang juga Ketua Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit, Sdr. Zulkifli Mat Jusuh.
Wakil pasukan Juara pada kali ini daripada caw Bukit Nenasi sedang menerima hadiah berupa hamper.

Wednesday, December 29, 2010

Explorace Bermotosikal Pemuda

Sempena cuti Krismas baru ni Lujnah Sukan DPPKS menganjurkan satu program yang agak menarik. Walaupun ini merupakan percubaan pertama, tetapi ia berjaya menarik penyertaan yang mencukupi daripada cawangan-cawangan dalam DUN Batu Rakit, tempat program di adakan.

Dengan kerjasama yang padu daripada AJK pemuda DUN, para peserta di dedahkan dengan satu pengisian yang berbeza daripada sebelum ini.

Dengan peserta 5 atau 6 orang satu pasukan / caw, para peserta memulakan pengembaraan dari Pej DUN Batu Rakit ke enam lokasi check poin melibatkan seluruh DUN. Setiap check poin yang wajib di lawati, peserta akan di soal dengan berbagai soalan, samada berkait dengan dunia automotif, politik mahupun hukum hakam fekah dan juga pengetahuan am berkenaan agama.

Sticker percuma yang di bahagikan kepada semua peserta.
Urusetia program setia menunggu ketibaan peserta.
Antara pasukan awal yang sampai
Sempat menyampaikan sedikit tazkirah di majlis penutup/penyampaian hadiah
Wakil pemenang tempat keempat, pasukan Maras sedang menerima hadiah daripada Ketua Lujnah Sukan DPPKS yang juga Ketua Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit, Sdr. Zulkifli Mat Jusuh.
Wakil pasukan Juara pada kali ini daripada caw Bukit Nenasi sedang menerima hadiah berupa hamper.

Saturday, December 11, 2010

Tahun Baru Hijrah


Hari ini sudah masuk hari ke lima tahun baru hijrah. Masalah streemyx dan line telefon menyebabkan peluang untuk ekses internet agak sukar. Peluang sekejap ini saya gunakan untuk menulis sedikit berkenaan tahun baru hijrah ini.

Hijrah maknanya berpindah dari Mekah ke Madinah. Namun Nabi saw bersabda maksudnya tiada lagi hijrah selepas pembukaan Mekah. Yang perlu adalah perubahan sikap daripada buruk kepada baik. Kerana ketika itu Islam telah menguasai dan memerintah dan selepas itu menjadi kuasa besar dunia di zaman Khulafa Arrasyidin dan beberapa kurun selepasnya.

Kita kini telah kembali berada di zaman Islam tidak memerintah negara, biarpun banyak negara-negara berketuakan mereka yang mengaku Islam, tetapi undang-undang Islam tidak di laksanakan. Ummat Islam tidak lagi di naungi oleh pemerintahan Islam.

Ummah yang dahulunya kuat dan menjadi kuasa besar dunia, kini hanya bernostalgia dengan pelbagai slogan kononnya untuk mengembalikan keagungan Islam. Seribu satu macam penyakit masyarakat melanda ummah. Samada penyakit fizikal mahupun penyakit spiritual dan akhlak.

Semua pihak saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Pemimpin menyalahkan pengikut yang tidak taat, pengikut menyalahkan pemimpin yang tidak bijak menangani masalah. Orang kaya menyalahkan orang miskin yang malas, orang miskin menyalahkan orang kaya yang menindas. Orang alim menyalahkan orang jahil yang tidak mahu belajar, orang jahil pula menyalahkan orang alim yang tidak beramal dengan ilmu. Ibu bapa menyalahkan anak-anak yang tidak lagi menghormati mereka, anak-anak pula menyalahkan ibu bapa yang gagal mendidik mereka menjadi orang baik.

Dalam suasana ini, kita menyambut lagi tahun baru hijrah. Mengingati kembali detik-detik hijrah Nabi dan para Sahabat 1432 tahun yang lalu. Mengapa hijrah berlaku dan hasil daripada hijrah itu.

Daripada suasana Mekah yang Islam tidak di beri peluang memerintah, berhijrah ke Madinah dan Islam menguasai sebuah kerajaan. Dengan kuasa pemerintahan itu Islam di sempurnakan dengan segala hukum hakamnya sehingga melahirkan satu tamadun manusia yang terbaik pernah di lahirkan di dalam sejarah manusia.

Tidakkah hijrah itu adalah satu proses untuk menegakkan Negara Islam Madinah? Dengan mengingati peristiwa hijrah itu sepatutnya memberi penuh kesedaran dan semangat kepada kita, bahawa untuk menyelamatkan diri dan masyarakat kita yang sedang berhadapan dengan seribu satu masalah ini, kita juga perlu berhijrah kembali. Bukan lagi hijrah dari Mekah ke Madinah, tetapi hijrah untuk memastikan ummah di perintah dengan hukum Islam.

Peristiwa hijrah Nabi adalah kisah pengorbanan. Bukan saja pengorbanan masa dan tenaga, tetapi korban segala-galanya. Meninggalkan Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang, segala harta di tinggalkan menuju ke tempat asing tidak di ketahui untung nasib. Hanya membawa iman dan keyakinan kepada janji Allah dan Rasul. Pengorbanan airmata dan darah yang mengalir demi mencapai keyakinan bahawa hanya Islam sahaja yang lebih penting daripada segala yang lain di dunia ini.

Untuk mencapai kejayaan seperti mereka, kita juga perlu menurut jejak langkah mereka. Perkukuhkan akidah, keyakinan kepada janji Allah dan Rasul, keyakinan kepada kehidupan sebenar adalah kehidupan akhirat dan keyakinan bahawa hanya Islam yang akan menyelamatkan kita apabila ianya di laksanakan melalui kuasa pemerintahan.

Apabila keyakinan itu berjaya di lahirkan, maka akan timbul pengorbanan untuk merealisasikan keyakinan itu...

Followers