Monday, January 5, 2009

UMNO Semakin Tertekan

Mengikuti beberapa komen dan ulasan pemimpin UMNO sehari dua ini berkenaan calon PAS PRK K. Trg iaitu YB Mohd Abdul Wahid, terasa sangat kebimbangan mereka betapa kemenangan akan berpihak kepada PAS.

Antaranya adalah kenyataan MB Terengganu, Dato' Ahmad Said, bahawa PAS memilih Hj Wahid untuk mengelakkan perpecahan dalaman adalah suara untuk menyedapkan hati kem mereka yang masih terlalu ramai tidak berpuas hati dengan Dato' Wan Farid sebagai calon UMNO. Atau kenyataan itu memang sengaja di ucapkan bagi menunjukkan bahawa pemilihan Dato' Farid tidak boleh menyelesaikan masalah dalaman dalam UMNO Terengganu, sedangkan di pihak PAS telah berjaya mengemukakan calon yang boleh di terima oleh semua pihak, samada dalaman Parti, mahupun pengundi itu sendiri.

Kita percaya bahkan sangat yakin penduduk K. Terengganu sangat mengenali calon PAS sebagai salah seorang pimpinan utama PAS Terengganu dan Yang Dipertua PAS Kawasan K. Terengganu. Kemampuan bertahan sebagai Wakil Rakyat Wakaf Mempelam selama lima penggal berturut-turut sudah cukup membuktikan bahawa YB Hj Wahid sangat di senangi oleh pengundi dan berjaya menjadi YB yang boleh di terima bukan saja oleh pengundi bahkan tidak ada masalah dengan jentera parti semua peringkat. Bahkan beliau di pilih menjadi YDP PAS K. Terengganu setelah tiga penggal menjadi YB, bukannya menjadi YB atas kapasiti sebagai YDP.

InsyaAllah PAS akan menang PRK kali ini..... amin.

No comments:

Followers