Monday, November 24, 2008

Ijtima' PAS Kawasan Setiu

Sabtu kemarin 22 Nov 08, satu program Ijtima' di adakan peringkat kawasan Setiu melibatkan berbagai peringkat organisasi parti. Majlis bermula dengan Ucapan Perasmian oleh Dato' Hj Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu di ikuti Pembentangan Kertas Kerja 1 bertajuk "Menambah Keahlian PAS" oleh Setiausaha Perhubungan yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, Hj Yahya Ali.Kertas Kerja kedua pula di bentang oleh Pengarah JPN negeri Kelantan YB Haji Fatah Harun membincangkan soal bagaimana menarik masyarakat supaya mengundi PAS. Walaupun kehadiran tidaklah mencecah seribu peserta, tetapi program sebelah petang tetap mendapat sambutan dengan menampilkan tiga tokoh yang hebat sebagai ahli panel Forum. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Nasaruddin Tantawi dan YB Siti Zailah Md yusof sememangnya pemidato yang tidak asing, yang mampu memberi kepuasan kepada hadirin apabila mengupas tajuk "Pendidikan Islam asas kekuatan Masa Depan Jemaah".
Kelihatan salah seorang penerima "Anugerah Tokoh" yang di sampaikan oleh Dato' Pesuruhjaya selepas majli perasmian. Sebahagian Peserta Ijtima

2 comments:

Ahmad WM Omar said...

Salam, terima kasih singgah di laman saya dan meninggalkan bekas. Saya sangat menghargainya, sialah berkunjung lagi dan berkongsi pendapat.

Anonymous said...

tahniah..teruskan meletakkan gambar-gambar program

Followers