Saturday, April 17, 2010

Penamaan Calon PRK Hulu Selangor

Hari ini adalah hari penamaan calon bagi PRK Hulu Selangor. Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu sebagaimana di arahkan oleh BPPNT telah menghantar 2 orang petugas untuk membantu kemenangan PR bagi tempoh bermula 13 hb dan berakhir hari ini. Daripada 17 April hingga hari pembuangan undi, kawasan lain pula akan turun secara bergilir-gilir mewakili PAS Terengganu bertugas di PRK ini.

Sebagaimana telah di maklumi secara resmi empat orang calon di sahkan bertanding untuk PRK ini. Selain Dato' Zaid Ibrahim yang mewakili PR, seorang calon MIC mewakili BN dan dua calon bebas terdiri bekas pimpinan MIC Bahagian Hulu Selangor dan AJK Pemuda UMNO Shah Alam.


Sememangnya ada sedikit sebanyak pertikaian berkenaan pemilihan calon PR oleh petugas PAS, tetapi keputusan yang di buat oleh PKR mencalonkan beliau mesti di terima oleh seluruh jentera PR bagi memastikan kerusi Hulu Selangor dapat di kekalkan di tangan PR. Ianya penting untuk meneruskan momentum sokongan kepada PR bagi mengambil alih kerajaan pusat pada PRU akan datang.

Ulasan berkenaan calon PR boleh di baca Di Sini. Juga boleh di buat penilaian Di Sini juga Di Sini.

Hentikan Pilihanraya Kecil


JUMAAT, 16 APRIL 2010 | 1 JAMADILAWWAL 1431H
Sistem pilihanraya di Malaysia memerlukan banyak semakan semula terhadap perjalanan yang menerima pelbagai kecaman dan kritikan. Isu undi pos, sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek setelah pembubaran Dewan Rakyat, dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan SPR bagi melahirkan keadilan dalam sistem pilihanraya di negara ini. Di samping pelbagai permasalahan tersebut, saya berpendapat sistem pilihanraya kecil juga memerlukan semakan semula.

Bilamana berlaku sebarang kematian kepada wakil rakyat, maka apakah perlu diadakan pilihanraya semula bagi menggantikannya? Saya berpendapat bahawa parti politik yang memenangi pilihanraya umum berhak menamakan terus pengganti, sebagaimana yang dijalankan di negara jiran tanpa memerlukan pilihanraya kecil. Sistem pilihanraya kecil yang diadakan menyebabkan pelbagai masalah berlaku. Wujudnya ketegangan antara para penyokong yang boleh mencetuskan pelbagai kejadian yang tidak diingini seperti kematian dalam tragedi Lubuk Merbau.

Pilihanraya kecil juga menyaksikan pelangaran kepada peraturan pilihanraya, bilamana hampir semua parti yang bertanding menggunakan peruntukan melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Semua parti terpaksa membelanjakan wang ringgit, tenaga dan masa
yang banyak setiap kali pilihanraya kecil diadakan, bahkan terkadang ianya boleh mengganggu perjalanan pentadbiran yang sedang berjalan, bahkan peruntukan beberapa PRK terkadang boleh mengatasi peruntukan PRU.

Apa yang lebih
malang ialah apabila sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU boleh tumbang hanya bilamana ada wakil rakyat yang dipilih melompat keluar dari parti yang dimenangi. Tindakan ini tidak sepatutnya berlaku, sehingga hak parti yang dipilih oleh pengundi dalam PRU, seolah-olah tiada apa-apa kuasa dan hak Saya berpendapat sebarang tindakan melompat parti, bermakna wakil tersebut telah hilang kalayakan sebagai wakil rakyat, dan kekosongan kerusi hendaklah diisi oleh parti yang memenanginya dalam PRU. Sistem pilihanraya di Malaysia yang menjadikan asas kepada parti bukan individu mesti diiktiraf dan dilayan secara adil.

PRK juga terdedah kepada meningkatnya amalan rasuah kepada para pengundi. Lihat sahaja bilamana berlaku kekosongan, kita rasa jijik bilamana pelbagai janji ditabur kepada rakyat, jutaan peruntukan diluluskan, rakyat digula-gulakan setiap kali PRK; sehingga ada kata-kata sinis “Kalau inginkan pembangunan segera, doakan kematian wakil rakyat”. Rasuah dan sogokan dalam pilihanraya mendatangkan kesan yang sangat besar, bilamana jalan mendapatkan kemenangan yang
diasas dengan cara yang tidak betul, akan mendedahkan pelbagai gejala negatif dalam kepimpinan selepasnya. Tindakan sogokan, tekanan, ugutan dalam PRK menyebabkan pengundi tidak lagi memilih wakil mereka secara tenang dan jujur, bahkan ianya banyak dipengaruhi oleh suasana pada hari pengundian.

Meneliti pelbagai kesan yang lahir dari PRK, apakah masih wajar kita meneruskan sistem ini atau kita mula memikirkan kaedah baru, dengan memberikan mandat kepada parti yang memenangi dalam PRU bagi mengganti kekosongan tersebut. Ini bermakna PRU merupakan satu-satunya wadah
bagi rakyat menentukan kerajaan yang mereka ingini. Sebarang pembentukan kerajaan hanya berlaku setelah selesai PRU; maka tidak timbul soal ada wakil rakyat yang dibeli, dijual atau dilelong; dan tidak akan berlaku tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU, hanya kerana adanya wakil rakyat yang melompat keluar. Rakyat ingin melihat pemimpin yang jujur, amanah dan setia dalam perjuangan.

Jangan Bunuh Kami



Proses Kelahiran Manusia



Seramai 2 juta kami diseluruh dunia di gugurkan setiap tahun. 750 ribu dilakukan oleh remaja yang belum berkahwin dan 6 daripada 10 gadis sudah tidak ada perawan lagi.

Kamilah, janin!!

Apa salahnya dua juta kami ini? Kami tidak berdosa dan tidak punya apa-apa dosa tetapi kamilah generasi alam rahim yang sangat malang, si janin.

Seorang cendiakwan Pilipina, Kardinal Sin berkata; “Tempat yang paling berbahaya di dunia adalah dalam rahim.”

Memang benar pun. Akan kami cerita akibat kebiadaban ini. Yang demikian kekejaman apakah yang dilakukan oleh engkau dan bolehkah kami panggil ibu, yang memiliki rahim yang bererti penyayang?

Barulah kami tahu, dunia bukan saja diporakperanda oleh orang-orang politik, kekejaman jenayah dan bencana alam tetapi juga oleh engkau-engkau yang mengakhiri sebuah kehidupan kami.

Maaf, walaupun risikonya dari kebajingan dan kebinatangan sang lelaki tetapi oleh kerana engkau memiliki rahim janin kami maka yang bertanggung jawab mengakhiri hayat kami tentulah engkau-engkau.

Janganlah bunuh kami, wahai... yang sudah engkau lakukan berabad lamanya.


Proses Kelahiran Manusia


Kami mau menyebut bahawa engkau adalah pengguguran, yang melupus dan melekangkan kami atas nama tiket ini. Engkaulah wahai pengguguran yang paling celaka. Engkaulah yang menghancur kehidupan kejaninan kami yang bakal menjadi umat manusia, yang bakal mewarisi khalifah-khalifah untuk mewarisi sejarah dunia.

Tadi dikatakan satu anggaran seramai 2 juta kami digugurkan, menafikan hak untuk hidup. Bagaimana pun hasil kajian Allan Guttmacher Institute melaporkan setiap tahun sekitar 55 juta kami digugurkan. Ini bererti setiap hari seramai 150,658 warga kami digugurkan, atau setiap minit seramai 105 nyawa diragut sewaktu kami masih dalam rahim.

Kenapa? Apa salah kami?


Proses Kelahiran Manusia


“Bacalah dengan nama TuhanMu Yang Menciptakan.
Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan TuhanMulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam
Dia yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya

-Al-Alaq 1-5.

Huduhkah kami? Hinakah kami? Aibkah kami? Masakan boleh dihukum huduh kalau kami masih setitik mani, segumpal darah beku dan kami yang bernama janin?

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” –At-Tin 4

Tolong hentikan perbuatan ini. Tolong! Baik dalam bentuk sains atau pun perbomohan tradisional. Kami adalah generasi janin. Jangan nafikan hak kami untuk hidup.

Jangan! Janganlah, baik dalam bentuk aborsi alami mahupun aborsi buatan. Jangan, jangan masukkan kami dalam abortus provocatus criminalis.

Baik yang berstatus ibu atau belum berstatus ibu... jangan! Janganlah menghentikan kelangsungan kandungan. Kami ada di dalamnya.

Ini masalah komplek, perkara kekejaman dan tidak berperikemanusiaan. Ini mencakupi nilai agama, moral, etika kemanusiaan. Ini masalah biologi.

Seperti surah Al-Alaq di atas, para pakar biologi telah lama memberitahu bila dan di mana kehidupan kami bermula. Ilmu moden sudah sampai kepada satu tahap bahawa kehidupan manusiawi bermula pada saat kamilah: janin, titik yang akan melahirkan nasab dan generasi. Ini fakta ilmiah, bukan omongan, bukan falsafah, bukan spekulasi, bukan sebuah teori.

Ulangilah baca Al-Alaq.


Proses Kelahiran Manusia


Maukah kami dibunuh juga atas nama janin, atas nama setitik mani, atas nama segumpal darah? Jangan... jangan!

Sejak dulu ada satu kelompok para doktor terkemuka dalam laporan ilmiah mereka, ‘amicus curiae’ kepada Dewan Berdaulat Amerika, menunjukkan satu silkus pembentukan peribadi kami terjadi di saat setitik mani. Ilmu moden yang merangkumi embriologi, fetologi, genetika, perinatologi dan biologi membuktikan terbentuknya syahsiah seorang manusia sudah bermula dari dalam rahim lagi.

Kamilah itu!


Proses Kelahiran Manusia


Ia bukan saja ilmiah tapi ada faktanya. Seketul janin di saat memasuki minggu ketujuh kami sudah menunjukan bentuk dan juzuk-juzuk organ tubuh orang dewasa. Struktur otak kami pun menyerupai struktur dewasa yang mampu mengirimkan rangsangan untuk penyelarasan fungsi organ lain. Jantung kami mula berdenyut. Perut sudah mencairi pencernaan. Hati kami mewujudkan sel-sel darah dan ginjal kami mulai berfungsi menapis asam urin dari darah kami, janin. Otot dan lengan kami mampu bergerak.

Mahu juga membunuh kami? Apa dosa kami. Bukankah yang berdosa engkau?


Proses Kelahiran Manusia


Sudah lama dunia ditempek dengan sipongangnya bahawa sains perubatan telah berhasil mengembangkan teknologi kedoktoran moden. Mereka mampu membuktikan kehidupan kami dimulai pada saat-saat putik pembuahan. Jangan terkejut. Engkau sendiri yang makan buah asam, asalnya sebiji putik, hasil dari debunga dan pergelutan sperma.

Maka teklonogi ultrasound telah menjadi peralatan perubatan yang upaya menggambarkan keadaan dalam rahim, sarang kepompong kamilah. Teknologi inilah yang mampu manusia, termasuk engkau dapat melihat kami dalam rahim engkau. Aduh, alangkah bahagianya janin berada dalam rahim, satu-satunya nama Tuhan Yang Maha Penyayang.

Di sana engkau dapat melihat kami menghela nafas, menggerak-gerak tubuh, menendang menerjah lembut kulit engkau yang memborol. Engkau akan dapat melihat kami kencing. Transvaginal sonography telah menampakan kepada engkau jantung kami yang berdenyut pada usia kami 3 minggu sahaja.

Tidak kasihankah engkau? Bukankah kami dalam keampunan dan kerahiman rahim?

-------------------------------------
-Kolum Tepi Harakah 16-18 April 2010 Bil 1531

Monday, April 12, 2010

Isunya Zina Bukan Buang Bayi


Kes buang bayi sebenarnya adalah akibat kes perzinaan yang berleluasa yang melanda masyarakat masa kini. Banyak sebab kes zina. Apa yang penting, ianya menggambarkan keruntuhan sistem akhlak atau moral dalam negara.

Pelancaran program "Kami Prihatin" untuk menyedarkan masyarakat supaya sayangi bayi agak mengelirukan kerana isu utama ialah "mengapa bayi dibuang". Bayi dibuang kerana ianya liabaliti kepada ibu yang melahirkan anak secara tidak sah. Secara fitrah semua ibu menanti tanpa sabar kelahiran anaknya dan bukan untuk di bunuh atau dibuang.

Perzinaan yang berleluasa menggambarkan keruntuhan sistem akhlak. Para pendakwah mempunyai pelbagai analisa tentang hal ini. Isu ini tidak menjadi kayu ukur kepada "tahap pembangunan" di Malaysia kerana pembangunan di Malaysia hanya menumpukan berapa orang jutawan yang mahu dilahirkan.....

Sunday, April 11, 2010

Lagi Gambar Hari Keluarga

Kaunter urusetia di waktu pagi
Dari kiri, Ust Muda Abdullah AJK PAS Setiu, Ust Mohamad Yaacob Pengarah JPR DUN, Ust Mohd Pauzi Muda YDP Setiu dan Pengarah Program
Ucapan Aluan Pengarah Program
Ucapan Pengarah JPR DUN
Yang Dipertua PAS Kawasan
Perasmian oleh Ust Satiful Bahri Mamat, Tim. Pesuruhjaya PAS negeri
Cenderahati anugerah Jasamu di kenang, Hj Abd Rahman Samad, Ketua cawangan Pengkalan Atap
Jasamu dikenang Muslimat
Jasamu dikenang, Veteran
Cenderahati untuk perasmi oleh pengarah program

Followers