Sunday, May 31, 2009

Sukan PASTI Kaw Setiu

Sukan PASTI peringkat Kawasan Setiu di adakan di Kg Maras Batu Rakit pada 22 Mei 2009 yang lepas.
Dua acara sahaja dipertandingkankan ; Bolasepak untuk murid lelaki dan bolajaring untuk murid perempuan.

Antara ibu bapa yang hadir menyaksikan anak-anak mereka bermain

Pertandingan di adakan antara empat pasukan dengan satu pasukan setiap DUN


Juara dan Naib Juara Bola Jaring. Batu Rakit dan Jabi

Juara dan Naib Juara Bolasepak. Batu Rakit dan Permaisuri.

Perlawanan Akhir yang hebat. Kesudahan 3-0 menang Baru Rakit.
Lagi aksi hebat perlawanan akhir.

Ucapan perasmian penutup.

Tidak sabar menunggu penyampaian hadiah.

Hadiah Juara Bolasepak di sampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan, Sdr Sauti Mat Yaman.

Hadiah Juara Bola Jaring pula di sampaikan oleh Pengerusi MGP Kawasan, Pn Che Wan Azizah Che Wan Long.

Tuesday, May 26, 2009

Menjelang Muktamar 3

3 Tungku PAS
oleh : Ust Nasarudin Tantawi
Ulamak , profesional dan aktivisadalah 3 tungku PAS yang mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dalam usaha menegakkan wadah perjuangan Islam terbesar tanahair ini [PAS] .

Tanpa satu daripadanya , PAS tidak akan mampu gah berdiri pada tahap yang ada pada hari ini .

Sesuai dengan istilah tungku yang saya gunakan , ianya membawa maksud setiap satu dari tungku tersebut diperlukan bagi mengimbang kekuatan parti mendepani cabaran ,melengkapkan keperluan parti dan memenuhi tuntutan massa [ummah] .

Tidak mungkin salah satu daripadanya [ 3 tungku ] terpinggir atau dipinggir dan terabai atau diabaikan justeru ia akan melemahkan parti . Sebaliknya setiap satu dengan yang lainnya saling kuat menguat dan kukuh memperkukuhkan antara satu sama lain .

Menyedari kekuatan inilah , musuh kelihatan sangat cemburu dan gigih berusaha untuk melumpuhkannya . Media digunakan sepenuhnya untuk merungkai keserasian 3 tungku utama PAS ini dengan menimbulkan konflik dan mencetuskan pergeseran . Sedang PAS telah selesa sejak awal ia diasaskan , bergerak dan memacu perjuangan dengan kombinasi jitu 3 tungkunya iaitu ulamak , profesional dan aktivis .

Semangat yang diambil dari seminar khas sempena sambutan jubli perak Kepimpinan Ulamak baru - baru ini jelas memperakui peranan 3 tungku utama parti yang menjadi tonggak mendokong Kepimpinan Ulamak .

Kepimpinan ulamak tidak seharusnya dibaca semua pemimpin parti mestilah ulamak sebagaimana tidak juga wajar dibaca kepimpinan ulamak sebagai dominasi ulamak disemua peringkat kepimpinan parti .

Kepimpinan ulamak ialah satu konsep kepimpinan parti yang dasar dan arah tujunya dipandu dan dipimpin oleh ulamak al a'milin al mujahidin .

1982 menyaksikan Konsep Kepimpinan Ulamak ini diperkenal dan diamalkan dalam kepimpinan parti dan akhirnya membawa kepada penubuhan majlis Syura Ulamak yang kemudiannya didokumenkan dalam daftar perlembagaan parti . Penubuhan Majlis Syura Ulamak menjadi penafsiran bertulis bagi melaksanakan konsep Kepimpinan Ulamak yang telah dipersetujui dan didokong bersama .

Semangat dari konsep Kepimpinan Ulamak ini pula , biarpun tidak tertulis di dalam perlembagaan , parti melalui perwakilannya ke muktamar telah meletakkan Presiden dan Timbalan Presidennya dikalangan ulamak untuk memimpin sebuah jawatan kuasa yang besar diperingkat eksekutif parti .

Ianya berlaku sejak konsep Kepimpinan Ulamak ini digagaskan . [ di zaman al marhum Yusuf Rawa sebagai Yang Di Pertua PAS Pusat , Al Marhum Ustaz Fadzil Noor sebagai timbalannya . Sementara zaman al Marhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden PAS , Tuan Guru Hj Abd Hadi sebagai timbalannya , demikian di zaman Tuan Guru Hj. Abd Hadi sebagai Presiden PAS , al fadhil Ustaz Hassan Shukri sebagai timbalan dan kemudiannya diganti oleh Al Fadhil ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai timbalannya .]

Sejak Kepimpinan Ulamak [1982] diamal dan dilaksanakan konsep kepimpinannya , ulamak terus diberi kepercayaan untuk memimpin parti bersama dengan gandingan mantap dari kalangan profesional dan aktivis . Justeru PAS tetap melaksanakan kaedah kepimpinan kolektif dengan prinsip amal jamaei [ kerja berpasukan ] yang utuh .

Tungku Aktivis PAS

Tungku ini sangat besar pengorbanan mereka kepada perjuangan Islam yang didokong oleh PAS . Mereka barangkali tiada STAM atau tiada STU , jauh sekali untuk dapat Ir dan Dr pada pangkal nama mereka . Rata - rata mereka adalah ahli biasa parti dan hanya menjadi pemimpin peringkat bawah seperti cawangan dan MTD [ Majlis Tindakan DUN ] .

Namun mereka tidak teragak - agak mewaqafkan tanah mereka untuk didirikan markaz , menjual keperluan asas mereka bagi membiayai perjuangan yang didokong malah menggadai barang kemas mereka demi menampung keperluan jamaah . Mereka mungkin juga tidak dikenali di bumi namun keikhlasan mereka sangat dikenali di langit dan pastinya doa mereka didengari [ diterima ] oleh Allah swt.

Mereka sangat sayang kepada perjuangan Islam yang didokong dan mereka jua sangat komited mendokong para ulamak yang memimpin dan membimbing mereka . Mereka faham Islam dan tergerak dihati penuh insaf dan sedar untuk berjuang , bermula dari ilmu dan bimbingan para ulamak .

Saya melihat latar belakang kategori ini , tidak mungkin mereka menolak kepimpinan ulamak dan siapa yang kata mereka tolak kepimpinan ulamak ?Golongan aktivis parti tetap akan mendokong cita - cita perjuangan dan bersama kepimpinan ulamak seperti yang telah ditunjukkan oleh al marhum Tuan Guru Yusuf Rawa , al Marhum Tuan Guru Hj Fadzil Noor , Tuan Guru al Mursyidul Am Dato' Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi .

Tungku Profesional PAS

Kategori ini juga wujud di dalam PAS sejak hari jadi PAS yang pertama lagi seperti Prof Dr. Burhanudin al Helmi , Dr. Abbas , Prof Dr. Ahmad Ibrahim dan ramai lagi tenaga - tenaga pakar dalam bidang - bidang tertentu yang membantu pemimpin PAS dari belakang tabir .

Sangat membanggakan di era kepimpinan ulamak , melalui didikan dan bimbingan ilmu serta sentuhan spiritual perjuangan Islam oleh para ulamak , golongan profesional mula berhijrah beramai - ramai secara terang - terangan menyertai PAS malah mengambil posisi besar dan tinggi dalam PAS untuk membantu kepimpinan ulamak mengangkat parti menjadi gah dan hebat .

Pengorbanan mereka juga sangat besar . Sebahagian mereka sanggup meninggalkan gaji lumayan justeru menyedari bahawa Islam dan perjuangannya adalah lebih bernilai dari segala material yang ada . Mereka menginsafi bahawa akhirat adalah taruhan sebenar sementara dunia adalah tempat mereka mencurah bakti kepada perjuangan Islam . Kesedaran mereka dibina dan bentuk oleh para ulamak dan akhirnya mereka terpaut kepada perjuangan suci ini .

Sejurus mereka menyertai PAS , segala kepakaran dan kemahiran dicurahkan untuk membangunkan PAS dan memperkasanya . Organisasi dimantapkan , pengurusan dikemaskinikan , perancangan dan strategi disistematikkan . PAS kini berdiri sama tinggi bahkan lebih tinggi berbanding parti - parti politik yang lain .

Saya melihat , golongan profesional juga sangat menghormati ulamak justeru mereka memahami Islam dan perjuangannya ini melalui sentuhan ilmu dan didikan para ulamak . Tidak ada orang yang faham Islam dengan sendiri begitu sahaja tanpa melalui ilmu sedang ilmu itu dari dada para ulamak yang membimbing mereka . Berasaskan realiti ini juga , saya yakin profesional juga mendokong kepimpinan ulamak . Sekali - kali mereka tidak akan meminggirkan ulamak dan siapa yang kata mereka akan pinggirkan ulamak ?

Tungku Ulamak PAS

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa perjuangan Islam ini diasaskan oleh Nabi saw dan kemudiannya disambung oleh para sahabat rhm sehinggalah akhirnya diteruskan oleh para pewaris baginda saw iaitu ulamak .

Bukan sahaja menubuhkan PAS malah yang mula menggerakkan kebangkitan ummah menentang penjajah bagi membebaskan negara dari penjajahan dan perhambaan sesama hamba ialah ulamak . Tidak sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia . Pahlawan dan para pendekar yang bangkit menentang kuffar yang menjajah tanahair dan merampas hasil bumi mereka ialah terdiri dari kalangan ulamak atau tok - tok alim dari pondok - pondok dan juga madrasah - madrasah .

Pengorbanan mereka tidak terhenti setakat tenaga , wang ringgit dan masa tetapi darah dan nyawa . Berbekal kekuatan ilmu dan kefahaman mereka yang mendalam mengenai Islam , mereka berjuang memburu syahid dan berdakwah tanpa memperduli sebarang implikasi .

Mereka turun meredah sempadan dari satu daerah ke satu daerah , dari satu negeri ke satu negeri untuk menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat . Sebahagiannya dicemuh dan dimaki malah ada yang diseret ke mahkamah seperti al marhum Tuan Guru Hj Mustafa Pondok pasir Tumboh dan ramai lagi .

Ulamak tidak sahaja penuh ilmu di dada tetapi juga terhias peribadi mereka dengan taqwa dan amal yang soleh , menjadikan diri mereka tawadhu' dan zuhud . Mereka memimpin parti dan ahlinya dengan keikhlasan dan ketaqwaan disaat orang belum mengenali strategi planning , analisis swot dan sebagainya . Pun begitu mereka berjaya membangunkan insan dan jiwa berjuang bangkit menentang boneka penjajah yang memerintah negara .

Kehadhiran aktivis PAS dibawah kepimpinan mereka mengukuhkan akar umbi parti dan kemunculan golongan profesional menambah nilai dan meningkat upaya kepimpinan ulamak dengan membesarkan lagi skala kemampuan parti mendepani segala cabaran moden yang dihadapi pada hari ini .

Fenomena ini [ kehadhiran aktivis dan kemunculan profesional ] adalah sangat membanggakan malah mengembirakan semua pihak termasuk para ulamak justeru mereka menjadikan PAS lebih lengkap dan semakin sempurna berbanding sebelumnya .

Saya melihat realiti ini tidak memungkin ulamak meminggirkan golongan aktivis dan profesional lantaran mereka sangat diperlukan oleh ulamak untuk terus membangunkan satu - satu wadah besar perjuangan Islam yang mampu bersaing dengan kuasa toghut dalam negara ini . Saya tidak nampak para ulamak mengabaikan dua tenaga penting [ aktivis dan profesional ] dalam kepimpinan ulamak , atau siapa yang kata ulamak tolak aktivis dan profesional ?

Musuh Dalam Selimut

Saya melihat musuh Islam sangat cemburu dengan tiga kombinasi tungku PAS ini . Mereka akan lakukan apa sahaja untuk mengalih salah satu dari tungku ini dari posisinya agar PAS tumbang atau paling tidak senget dan tidak seimbang .

Siapa mereka ini agak sukar kita kesan . Zahirnya UMNO dan BN memang telah menjadi musuh tradisi kepada PAS . Tidak mustahil dan ini telah berlaku sejak zaman nabi saw sehingga hari ini dan ianya juga berlaku kepada semua gerakan Islam di seluruh dunia termasuk Ikhwan Muslimin , di mana musuh dihantar masuk ke dalam parti untuk merosakkannya dari dalam .

Mungkin inilah yang kita sebut sebagai musuh dalam selimut . Samaada musuh yang dihantar masuk dalam parti atau anggota parti yang khianat lalu menjual diri dan maklumat parti kepada musuh , ini juga musuh dalam selimut .

Perkara ini perlu hazar [ waspada ] oleh seluruh saff pimpinan dan anggota parti . Islam sememangnya mengajar kita demikian . خذوا حزركم ambillah [ tumpukan ] kewaspadaan kamu terhadap perkara - perkara seperti ini .

Insyaallah selama mana 3 tungku ini tidak dipisahkan sebalik terus berada diposisi asalnya , saya percaya PAS akan terus utuh dan tidak mungkin mudah rosak dan binasa kerana angkara anai - anai ini . Kalau anai - anai ini hanya seekor dua , tidak mengapalah , tapi kalau banyak dan berjujut masuk dalam bangunan PAS ini terpaksalah PAS menghubungipest control !

Tuesday, May 19, 2009

Kepimpinan Ulama'

23 Mei ini akan di adakan satu Seminar di Taman Melewar, sempena jubli perak Kepimpinan Ulama' bagi tujuan memperkukuh dan mengembalikan roh Kepimpinan Ulama' dalam PAS . 

Walau apapun matlamat yang di nyatakan ianya akan membangkitkan pelbagai persepsi berkenaan majlis tersebut memandangkan ianya di adakan menjelang Muktamar. Lebih-lebih lagi tahun ini ada pemilihan baru pimpinan PAS Pusat dengan bermacam isu berkaitan kepimpinan ulama' di timbulkan.

Isu yang timbul samada hanya ulama' yang layak menjadi kepimpinan tertinggi PAS ataupun ianya terbuka kepada semua golongan asalkan berada di bawah pengawasan Majlis Syura.

Saya melihat ini adalah usaha berterusan yang di lakukan oleh musuh Islam untuk memperlihatkan Islam tidak mampu memimpin dunia. Kalau dunia barat terangan menghina Pimpinan utama ummat Islam iaitu Nabi Muhammad saw, di kalangan ummat ini pun, kerana mereka tahu kalau peluru itu di tujukan tepat kepada Nabi saw tentulah mudah di sedari oleh ummat Islam, justeru peluru itu di tujukan kepada para alim ulama. Mereka perendah dan perlekehkan Ulama semahunya. Mereka bandingkan dan lagakan antara satu Ulama' dengan Ulama yang lain..

Dengan mengambil peluang daripada kelemahan ulama' akhir zaman ini, mereka gunakan sepenuhnya peluru itu untuk menyerang Islam, kononnya Islam melalui ulama tak mampu berhadapan dengan kekuatan mereka dan tak pandai mentadbir serta memimpin seperti mereka. Merekalah yang lebih layak bawa Islam berbanding Ulama'. Mereka lebih layak menjadi pemimpin ummat Islam kerana Ulama' sangat lemah ilmu politik dan kepimpinan.

Hey.. jika mereka fikir ilmu pentadbiran sebagaimana mereka faham, memang betul ulama' mungkin tak begitu mahir seperti mereka, tetapi hendaklah di fahami bahawa sistem pentadbiran dan kepimpinan dalam Islam sangat berbeza dengan apa yang mereka pelajari di barat mahupun timur. Hanya Ulama' yang mampu memahami sistem Islam tersebut. Dari itu tanyalah diri masing-masing samada nak terima Islam ataupun nak guna pakai apa yang mereka fikirkan betul itu, sehingga mempelekehkan Ulama'....

Sunday, May 17, 2009

Perubahan...

Perubahan akan tetap berlaku. Samada kita mahu atau tidak, suka atau benci, dunia ini adalah makhluk. Setiap makhluk tertakluk kepada perubahan. setidaknya berubah daripada baru menjadi lama, muda menjadi tua seterusnya hidup akan mati. Itulah pusingan yang akan di hadapi semua makhluk.

Air yang bertangkung tidak mengalir akan membusuk. Itu kata-kata keramat peninggalan Al Marhum Ust Fadzil Noor, Mantan Presiden PAS. PAS pun akan berubah seiring arus masa yang menongkah laju. Kepimpinan silih berganti. Tektik dan strategi berubah mengikut keadaan semasa, namun yang tidak akan berubah adalah dasar PAS iaitu Islam. Kerana Islam itu adalah agama yang merubah dan mengatur manusia bukannya manusia yang merubah Islam.

Usia Muktamar telah menjangkau ke 55 kali telah mematangkan Ahli dan pendokong perjuangan ini. Jatuh bangun telah di lalui penuh semangat juang dengan darah dan air mata, keringat dan pengorbanan suka dan duka....

Muktamar tahun ini di adakan di Shah Alam, selangor. Tahun pemilihan saff pimpinan baru buat mengemudi jemaah untuk dua tahun mendatang.   Panas dan hangat tetap terasa meskipun mengikut kebiasaannya pemilihan dalam PAS ini di buat dengan penuh semangat muhibbah. Bukan berebut jawatan, tapi kesediaan untuk berada di posisi depan buat mempertahan Islam dan menggempur musuh. 

Dasar PAS tidak akan berubah selagi pimpinan yang memegang amanah tidak mengubah haluan. Dasar Islam yang menjadi pegangan PAS mempunyai asas rujukan yang sangat kukuh. Jaminan Allah terhadap Al Quran yang tak mungkin akan dapat di selewengkan hingga hari kiamat sudah cukup untuk menjadi rujukan buat jemaah Islam seperti PAS. 

Al Quran hendaklah menjadi rujukan dalam semua perkara berkaitan kehidupan manusia. Untuk menjadikannya rujukan, tentulah Kalam Allah itu perlu di fahami mengikut kehendak pemiliknya, iaitu Allah. Justeru bagi memahamkan kepada manusia, Allah telah melantik Rasul bagi menunjukkan contoh bagaimana menjadikan Al Quran sebagai pengatur kehidupan ini. Kerana tak mungkin manusia boleh menafsir sendiri dengan kadar akal yang sedikit ini jika tidak di tunjuk contoh dan di ajar oleh Allah.  Evolusi kejadian manusia itu sendiri pun sudah cukup menyedarkan kita betapa kita perlu di ajar walaupun kita di bekalkan dengan akal fikiran. Kita bermula dengan kelahiran yang tidak memiliki apa satupun kecuali tangisan. Allah lah yang mengajar kita dengan di kurniakan sejemput ilmu melalui perantaraan mata dan telinga serta akal.

Selepas Rasulullah wafat, pengajaran tentang mengatur kehidupan manusia dengan Al Quran ini di warisi kepada para sahabat yang mengambil contoh yang di tinggalkan oleh Rasulullah yang di kenali dengan Al Sunnah. Kemudian di warisi oleh Taabiin, kemudian Tabi' Tabiin seterusnya Imam Mujtahid, para muhaddith dan seterusnya oleh Alim Ulama' yang menjaga adab dan disiplin Ilmu sehingga zaman kita. Orang yang tidak mengikuti disiplin Ilmu yang membolehkan seseorang memahami Al Quran tentulah tidak mampu beramal dan memimpin mengikut kehendak Al Quran. Sehebat mana pun akal yang dia miliki, setinggi manapun gagasan yang dia bawa jika tidak berupaya memahami kehendak Al Quran, tak mungkin dapat menjadi pemimpin mengikut contoh yang tinggalkan oleh Al Rasul. 

Abu Jahal adalah seorang yang cerdik sehingga di gelar Abul Hakam. Tokoh-tokoh hebat yang tercatit dalam sejarah dunia adalah terdiri daripada kalangan orang cerdik luar biasa. Tetapi jika tidak menjadikan Wahyu sebagai panduan, mereka tak mampu memimpin manusia selamat dari sudut fitrah kemanusiaannya, walaupun mungkin dari sudut materialnya mereka di katakan berjaya.

Itulah yang di sebut oleh Tuan Guru Nik Aziz, oleh kerana PAS ini parti Islam, dan hanya ulama' yang memahami Islam, maka kepimpinan tertinggi sewajarnya di pegang oleh Ulama' supaya tidak lari daripada dasar Islam yang di perjuangkan oleh PAS.

Mudah-mudahan Muktamar pada tahun ini akan meneruskan tradisi kepimpinan Ulama' bagi membawa PAS terus kekal dengan perjuangan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Walaupun berlaku perubahan individu yang dipilih untuk mengemudi Parti, tetapi biarlah asas Islam yang menjadi pegangan PAS terus kekal menjadi dasar perjuangan.

 Kemenangan adalah sangat mustahak untuk melaksanakan Islam. Tetapi kemenangan bukanlah penentuan utama Islam dapat di laksanakan. Banyak contoh sejarah di nukilkan. Dalam negara kita sendiri contohnya. Yang berjuang untuk kemerdekaan negara banyakannya di pelopori oleh ulama'. Tetapi apabila merdeka, teraju kepimpinan diserahkan kepada golongan nasionalis/sikular. Ulama' terpinggir dan masih sehingga sekarang berjuang untuk melaksanakan Islam dalam tanahair tercinta ini. 

Oleh kerana itu kita mahu apabila kita di kurniakan kemenangan oleh Allah, biarlah kemenangan itu dapat di isi dengan Islam. Bukan kemenangan yang mengalahkan jahiliah, lalu menegakkan jahiliah yang lain pula.... 

Saturday, May 16, 2009

Brainstorming & Rehlah Pemuda DUN

Program 2 dalam 1 pemuda DUN Batu Rakit di adakan pada 14 & 15 Mei 2009. Bermula solat maghrib berjemaah dan sedikit taklimat serta perasmian selepas maghrib, perogram di teruskan selepas makan malam dengan di adakan Brainstorming bermula 9.40 hingga 11.40 malam. Malangnya gambar majlis brainstorming tak sempat di ambil. Berikut adalah sebahagian gambar-gambar selepas itu....
Bberehat sambil menonton tayangan LCD selepas Brainstorming.

Kuliah Subuh di sampaikan oleh Ust Souffi.

Sedang Khusyuk mendengar kuliah

Menikmati panorama indah ketika matahari naik

Panorama pantai tika mentari menjenguk diri

Selepas Kuliah Subuh di adakan Larian Pantai

Pagi di pantai

Sedang menikmati sarapan
Selepas sarapan di adakan pertandingan bolasepak pantai.

Sebanyak enam pasukan berjaya di bentuk dengan format 5 sebelah.

Menyampaikan sedikit ucapan penutup sebelum penyampaian hadiah-hadiah

Berucap dalam kedudukan peserta berselerak selepas perlawanan bolasepak

Hadiah Hamper untuk Juara Larian Pantai, Adik Mohd Hafiz Abdullah

Ini pula Hadiah untuk Pasukan Juara Bolesepak Pantai

Para Peserta yang berjaya mengikuti hingga akhir program.

Tuesday, May 12, 2009

Pilihanraya Lagi?

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi semalam, YAB Nizar MB Perak di laporkan akan mengadap Sultan bagi memohon pembubaran DUN. Belum lagi penamaan calon bagi DUN Penanti, P. Pinang untuk PRK di sana, tiba-tiba kemungkinan untuk Pilihanraya DUN Perak pula menjelma.

Beberapa Pilihanraya Kecil yang sambung menyambung ini menyebabkan kita sebagai petugas ini menjadi amat letih. Letih pemikiran, letih badan termasuk letih poket. Kalau sebagai pemerhati memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bila setiap kali Pilihanraya Parti sokongan kita menang. Rasa kalau boleh setiap hari pilihanraya pun tak apa.

Bagaimanapun apabila bercakap tentang perjuangan, keperluan untuk menegakkan Islam, terutama zaman sekarang kita mengambil wasilah pilihanraya, mahu tidak mahu kita mesti hadapi. Walaupun pilihanraya di adakan sebulan sekali pun, kita tetap sertai sebagai petugas untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Islam.

Adalah di harapkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam itu akan membuka jalan penyelesaian bukan sahaja krisis Perak yang berlarutan beberapa bulan ini, bahkan krisis keyakinan kepada Najib sendiri. Kerakusan PM baru Najib untuk memperlihatkan kehebatan terbukti masih gagal setakat ini. Dengan deretan kekalahan PRK, palitan skandal pembunuhan Altantuya dan berbagai skandal lagi dengan terakhir ini keputusan Mahkamah yang berpihak kepada PR, sepatutnya Najib boleh memikirkan untuk mendapat mandat baru secepat mungkin. Bubarkan Parlimen untuk di adakan PRU sebelum keadaan lebih parah..

Saturday, May 9, 2009

Rehlah Keluarga


Kesibukan PRK Bukit Gantang, kemudian Mesyuarat Agung Cawangan dan Kawasan dan beberapa perkara yang perlu di selesaikan pasca mesyuarat agung menyebabkan masa untuk keluarga banyak terabai. Setelah berjanji begitu lama untuk bawa keluarga berehat, baru sabtu kemarin sempat meluangkan masa untuk ke tempat mandi manda dengan anak-anak di tempat perkelahan.

Sambil-sambil dalam perjalanan pulang ke rumah Tuk/nenek mereka, sempat lah singgah sebentar di Betung atau kawasan air terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu.

Sengaja cari tempat yang tidak ramai orang supaya selesa untuk isteri dan anak perempuan turut sama mandi-manda.

Empat beradik sedang berendam

Followers