Wednesday, February 25, 2009

MEMBARA 4

Malam tadi di putuskan MEMBARA kali ke 4 tahun ini akan di adakan pada 28 Mei ini seminggu sebelum Muktamar PAS Pusat. Tahun ini di pilih cawangan Bukit Nenasi sebagai tuan rumah. MEMBARA 1 di Pengkalan Atap, kali ke 2 di Tanjung dan ke 3 pula Bukit Cempaka. Di harapkan MEMBARA 4 ini akan lebih berjaya dengan menampilkan kelainan-kelainan aktiviti pemuda bagi menarik perhatian golongan ini mendekati seterusnya memberi sokongan kepada Jemaah dan perjuangan Islam.
YB Ust Mohd Nor Hamzah merasmikan MEMBARA 3, 2008
Ust Aqil Hayy dan Ust Alim Zakaria Soutul Amal di MEMBARA 1, 2006

Karamah Mujahideen Dalam Perang Ghazzah

Tulisan ini di copy daripada blog seorang sahabat.

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Ghazzah yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Ghazzah bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.

Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang
disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari GGhazzah baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.


2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasuki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Ghazzah, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Ghazzah, hendak dikebumikan di liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52)

Siapa Pemenang 2

Masa untuk peralihan kuasa dalam UMNO hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Makin banyak ulasan yang menggambarkan DS Abdullah ( Pak Lah ) tidak akan begitu mudah menyerahkan tampuk kuasa kepada DS Najib. Banyak sebab sebenarnya. Antara ulasan yang boleh di fikirkan adalah tulisan bekas PM Tun Dr Mahadhir sendiri dan juga artikel ini. Umum sekarang semakin boleh menerima dan melihat bahawa Najib sememangnya tidak layak menjadi PM Malaysia. Dengan deretan kekalahan PRK yang dia sebagai pengarahnya, kes Altantuya yang semakin sampai ke puncaknya dan pelbagai lagi kes skandal projek sewaktu beliau pegang kementerian Pertahanan dan termasuk rekod skandal sexnya, semua itu semakin di maklumi oleh umum sekarang ini.
Najib sedang berada dalam perangkap Pak Lah sekarang. Yang terbaru kes rampasan kuasa di Perak juga adalah jerat yang sedang menjerut Najib. Terpulang kelicikan team Najib, bagaimana nak melepaskan diri untuk memegang tampuk kuasa bagi memusnahkan rakyat dan negara Malaysia.....

Tuesday, February 24, 2009

Cakna 2

Setelah saya publishkan tulisan ni pada akhir Disember lepas, saya telah hubungi wakil akhbar Sinar Harian bagi Daerah Setiu. Setelah beberapa kali berhubung minta bantuan supaya dapat di siarkan berita tersebut, Alhamdulillah di siarkan juga dan barulah pihak berkenaan membaiki jalan berkenaan. Projek serta merta setelah berita keluar dalam akhbarGambar sebelum jalan di baiki

Tuesday, February 10, 2009

Siapa Pemenang

Menjelang penyerahan kuasa Presiden UMNO kepada Najib akhir mac ini nampaknya suasana semakin panas. Minit-minit akhir begini team Pak Lah / Anwar tidak mampu lagi hanya duduk bertahan. Perlu ada serangan besar-besaran di buat bagi memungkinkan gol penyamaan sekurang-kurangnya di jaringkan, sebelum masa tambahan nanti dapat menjaringkan gol kemenangan. Tapi kalau dapat gol kemenangan sebelum tamat masa sebenar adalah lebih baik.

Rakyat menjadi medan pertarungan yang sengit ini. Demontrasi, semburan gas, lokap, ugutan, jual maruah dan sebagai-sebagainya lagi kesengsaraan yang terpaksa di tanggung oleh rakyat hasil pijakan dan larian yang di buat bagi menghasilkan gol, terpaksalah rakyat tanggung sendiri. Masa semakin suntuk. Tapi mengikut jadual tektikal yang di atur, menjelang masa tamat nanti, sekurang-kurangnya jumlah gol adalah sama.

Saya cuma pemerhati dan peminat politik di pendalaman yang masih belajar tentang tektikal dan teknikal politik yang di katakan oleh ramai tok-tok imam UMNO sebagai sangat kotor ini. Tapi saya suka buat ramalan dan bacaan-bacaan sebelum drama ini berakhir berdasarkan maklumat yang saya ada. Betul atau tidak akan di buktikan oleh masa tamat nanti.

Dalam membuat percaturan tektikal, kadangkala berlaku perkara tidak di duga seperti apa yang selalu di sebut "Mereka merancang dan Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah lebih baik".

Ketika ADUN PKR Kedah dalam proses letak jawatan, tiba-tiba MP PAS Perak pula di jemput Allah meninggalkan dunia ini. Akan ada pula dua pilihanraya kecil yang mungkin di adakan serentak. Tumpuan terpaksa di pecahkan. Suatu yang sangat sukar buat parti yang tidak menguasai media..

Samada team Najib atau team Pak Lah/Anwar terpaksa pula menukar teknikal walaupun mungkin tektikal masih sama.

Mungkin ada yang heran mengapa saya sebut team Pak Lah/Anwar. Ya.. Bagi saya sekarang semakin jelas Pak Lah sedang bergabung dengan Anwar untuk menghalang Najib daripada menerajui negara. Anwarlah yang akan ganti Pak Lah nanti. Itu objektif yang di tuju lebih-lebih lagi setelah Pak Lah kelihatan sudah tak mampu lagi menghalang kemaraan Najib. Di pihak Najib pula matlamat mereka adalah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana menteri. Sebab itulah pelan peralihan kuasa di paksakan supaya di percepatkan oleh Pak Lah. Mereka tak mampu menunggu lebih lama yang memungkinkan Anwar berjaya memintas.

Berdasarkan maklumat yang di terima, episod yang berlaku di Perak di rancang oleh Ezam bersama teamnya (termasuk Khairi?). Saya masih yakin kemasukan Ezam ke dalam UMNO adalah membawa misi untuk memudahkan Anwar naik menjadi PM. Sekarang Najib berada dalam strategi Ezam sebagaimana Najib terpaksa mengikut skrip dalam PRK K. Trg baru-baru ini. Maruah Najib akan jatuh menjunam setelah rampasan kuasa di Perak sekarang di gagalkan tidak lama lagi sebelum gol kemenangan di jaringkan dalam kes Altantuya. Perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau, Kedah adalah berkaitan.

Bersambung......

Thursday, February 5, 2009

Kerajaan Rasuah

48 tahun dulu.. 1961, kerajaan PAS Terengganu di jatuhkan dengan undi tidak percaya setelah beberapa ADUN di culik, di ugut dan di beli dengan rasuah politik yang sangat jijik. Kita cuma baca kisah itu dalam lipatan sejarah. Sejarah pula di olah dengan pelbagai versi. Tapi apa yang dapat di fahami kerajaan tersebut dikalahkan dengan lompatan ADUN setelah menang melalui pilihanraya dengan tiket parti lain, tiba-tiba setelah bergelar YB, diatas kepentingan diri masuk pula parti lain.

Kini sejarah itu berulang lagi. Depan mata kita. Dan sejarah ini akan di baca lagi oleh generasi akan datang dan mungkin sejarah ini akan berulang lagi dan lagi. Bukan soal orang politik dan tidak politik. Soalnya apabila manusia yang tidak beriman kepada wahyu, dengan fitrah kejadian yang sangat kasihkan harta dan pangkat itu, memungkinkan peristiwa rasuah dan menjual harga diri ini berlaku sampai bila-bilapun.

Setelah kecewa melalui peti undi pada PRU 13, PRK Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu, UMNO menzahirkan apa yang cuba di sembunyikan, siapa mereka sebenarnya. Itulah manusia-manusia yang di sanjung oleh tok-tok imam UMNO sebagai waliyul ahdi yang wajib di taati sebagai pemerintah. Kalau mereka merasuah rakyat dalam musim pilihanraya dengan wang yang begitu banyak, mereka namakan sebagai bantuan kepada rakyat. Tapi bila mereka beli ADUN untuk tubuh kerajaan, adakah pembelian itupun atas nama bantuan? Mengkhianati pilihan rakyat dalam pilihanraya itu satu bantuan? Bukan mudah untuk rakyat mengundi parti-parti selain BN sebenarnya. Dengan serangan media yang di kuasai sepenuhnya oleh mereka, dengan pelbagai ugutan yang di hamburkan, dengan begitu banyak rasuah yang di taburkan dan berbagai lagi usaha yang di lakukan bagi menyekat rakyat mengundi selain mereka, bila rakyat dengan berani membuat perubahan, tiba-tiba dengan begitu mudah YB-YB yang di pilih untuk mewakili mereka berubah ini, di beli dan mengkhianati pilihan rakyat. Apa lagi yang boleh di katakan kepada golongan serti ini..

Setakat ini kerajaan PR Perak belum di bubarkan. Kita masih menunggu kebijaksanaan (?) Sultan Perak membuat keputusan. Samaada menerima perasuah menganbil alih kerajaan bersama dengan katak-katak yang jijik itu, atau membubarkan DUN dan memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru sekali lagi. Samada PR dapat memenangi semula pilihanraya jika di adakan, itu soal lain. Tapi jika di teruskan dengan YB-YB yang tidak ada perinsip itu, kemana rakyat negeri Perak hendak di bawa....

Tuesday, February 3, 2009

Rasuah Oh Rasuah

Serangan balas daripada UMNO berikutan kemasukan ADUN Bota dalam PKR minggu lepas adalah dengan rasuah. Agak menarik sebenarnya drama yang sedang berjalan. UMNO masih lagi pro aktif. Setelah tertekan dengan kes ADUN Bota, terus mengambil tindakan balas yang memang mengagumkan bagi permainan politik peringkat tinggi ini. Sesuatu yang boleh juga di pelajari oleh ahli-ahli politik yang baru meningkat naik.

Malangnya dan kalau boleh di katakan ironinya, penyelesaian atau tindak balas yang di lakukan oleh UMNO adalah dengan ugutan dan rasuah. Memang budaya UMNO begitu. Dulu, kini dan harap-harap tidak selamanya ( kerana kita sentiasa berdo'a supaya saudara-saudara kita dalam UMNO akan sedar dan kembali ke pangkal jalan suatu hari nanti ).

Apa yang boleh kita baca daripada episod yang sedang berjalan ini, dengan perangkap rasuah yang di kenakan kepada dua EXCO PKR beberapa bulan lepas di gunakan sepenuhnya bagi mengugut dan menawarkan rasuah yang lebih besar supaya dua EXCO tersebut mengikut kehendak mereka. Kalau diperhati, boleh di katakan umum membuat bacaan begitu.

Rasanya amat malang jika EXCO berkenaan keluar PKR dalam masa terdekat untuk menyelesaikan kes mahkamah mereka. Sebaliknya jika mereka dapat pertahankan perinsip perjuangan di saat ujian yang hebat ini, mereka akan di sanjung sebagai wira dan akan menyerlahkan kehebatan di mata masyarakat khususnya pejuang-pejuang PR.

Kita masih menunggu kesudahan episod ini. Cuma apa yang di harapkan dan menjadi perhatian kita, bagaimana pula permainan ini di sahut dan di ambil tindak balas seterusnya oleh pimpinan kita sendiri dalam menangani isu ini...

Followers