Thursday, June 28, 2007

Bolasepak Persahabatan


Program julung kali di adakan antara AJK Pemuda DUN dengan Pemuda cawangan. Perlawanan bolasepak persahabatan dengan Pemuda Cawangan Bukit Cempaka telah di adakan pada Jumaat 22 Jun 07 yang berkesudahan AJK Pemuda DUN telah di belasah 7 – 3 setelah seri 2 – 2 pada separuh masa pertama. Perlawanan telah di adakan di Padang Alternatif berhampiran Kg Pasir Puteh, Bukit Cempaka.
Pasukan AJK Pemuda DUN Batu Rakit.....

Perlawanan persahabatan ini di adakan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan serta kemesraan antara kedua belah pihak bagi memudahkan saluran maklumat dan arahan kerja. Ini akan di ikuti dengan siri seterusnya dengan cawangan-cawangan lain pula selepas ini mengikut masa-masa yang terluang.

Tidak ada hadiah yang di sediakan, cuma sehelai tuala muka bercopkan Pemuda DUN sebagai cenderamata di berikan kepada semua pemain pemuda cawangan selepas tamat perlawanan.

Dah banyak kali cuba upload gambar lain, tapi masih tak dapat-dapat. Mungkin kerana masalah line internet yang slow atau memang tak ada kemahiran untuk itu, tak tahulah. InsyaAllah akan cuba lagi esok atau kalau ada masa petang ni.

Wednesday, June 6, 2007

TIMBALAN PRESIDEN PAS

Sebelum tulis berkenaan MEMBARA07, sedikit ulasan berkenaan Muktamar di Kota Bharu. Walaupun telah banyak di ulas oleh pelbagai pihak, kawan atau musuh, tapi ulasan yang satu ini agak menarik juga untuk menjadi catatan di sini.

Seorang teman yang tak pergi ke Kota Bharu hari tu bertanya, "bagaimana Ust Harun Taib boleh kalah jawatan Tim Presiden? Takkan Tok Guru Presiden tak boleh tolong pastikan Ust Harun menang?" Saya terpinga-pinga juga pada mulanya. Mungkin teman tersebut hanya fikirkan Parti dalam konteks Terengganu sahaja, kerana Ust Harun adalah regu Presiden di Terengganu. Saya cuba dapatkan penjelasan berhubung soalan tadi. "Apa perlunya Ust Harun menang?" soal saya. "Ya lah.. kalau Ust Harun jadi Tim Presiden, ringanlah sikit kerja Tok Guru. Kan ke selama ini di Terengganu banyak keputusan penting di buat oleh Ust Harun berbanding Tok Guru?" Jawab teman tadi. "Mana awak tahu?" balas saya. "Tidak semua benda perlu ada hitam puteh untuk buktikan... kadang-kadang ianya dapat di rasa bila kita ikuti perjalanan jemaah." bersemangat sekali teman kita ni berhujjah. Saya tak boleh kata apa-apa lagi. Perbualan kami terpaksa di hentikan bila tiba-tiba di ganggu dengan kehadiran beberapa teman lain yang membuka tajuk lain pula.

Apa yang saya fikirkan, betul ke apa yang teman saya katakan tadi. Tidak kah jika benar-benar berlaku demikian akan semakin menyulitkan Tok Guru sendiri untuk mentadbir Parti di peringkat nasional, bukan lagi hanya sebuah negeri. Bagaimana sekalipun... Perwakilan Muktamar telah membuat satu pilihan.... kembali memilih Ust Nasarudin menjadi regu Tok Guru sebagai Tim Presiden...

KEMBALI SEMULA...

Hampir dua bulan tak update. Hasrat hati memang kalau boleh nak tulis setiap hari. Apakan daya masa dan suasana mempengaruhi mood. Mungkin inilah nasib penulis-penulis baru yang hangat-hangat tahi ayam. Akhirnya terbengkalai begitu sahaja, minat entah kemana, bakat pulak terpendam ke dasar angan yang tak sudah.

Sepanjang dua bulan ini, adalah masa-masa yang agak sibuk juga sebenarnya. Kemuncaknya adalah Muktamar PAS Pusat yang di mulai Muktamar Pemuda pada 30 Mei 07 sehinggalah tamat Muktamar penuh pada 3 Jun 07, ahad lepas. Sepanjang tiga empat hari itu saya berada di Kota Bharu menyertai ribuan ahli PAS yang lain samaada sebagai Pemerhati atau Perwakilan. Kebetulan tahun ini mencatatkan sejarah peribadi, pertama kali menjadi Perwakilan PAS Kawasan ke Muktamar Agung PAS Pusat. Bagi mereka yang dah biasa, mungkin tak ada apa-apa istimewapun. Tapi bagi saya ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Maklumlah kali pertama menjadi orang yang di beri amanah mengundi Kepimpinan PAS Pusat bagi menerajui Parti untuk dua tahun mendatang, merupakan suatu yang sangat bermakna. Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan baik.

Selepas Mesyuarat Agung Pemuda Kawasan sebagaimana posting yang lepas, menyusul pula Mesyuarat Agung PAS Kawasan. Kemudian di ikuti pula oleh program mega tahunan Pemuda Batu Rakit, MEMBARA 07 di awal Mei. Hari-hari selepas itu, menjelang Muktamar PAS Pusat di sibukkan pula dengan program Gempur Daftar Pemilih hampir dua minggu, Mukhayyam Pemuda Negeri dan lain-lain program.

Kebetulan pula sessi pemilihan kepimpinan baru pada tahun ini menjadikan beban amanah yang berupa jawatan-jawatan di dalam Parti semakin bertambah berat di pikulkan ke bahu saya yang masih baru dan sedang belajar selok belok perjuangan yang besar dan berliku ini. Tentulah sebulan dua ini merupakan masa-masa penyesuaian dengan tugas-tugas baru, baik di Kawasan mahupun di peringkat Negeri. Dalam masa yang sama telah ada sungutan-sungutan di cawangan yang menjadi base kepada pergerakan saya selama ini. Hampir tiga bulan saya tak menjenguk kerja-kerja di cawangan sebaik sahaja selesai Mesyuarat Agung Cawangan yang lepas. InsyaAllah selepas ini, selepas tempuh penyesuaian tugas ini, semuanya di harapkan berjalan seperti biasa semula.

Rugi sangat rasanya, detik-detik bersejarah MEMBARA 07 tidak di abadikan dalam catatan blog ini. InsyaAllah posting selepas ini saya akan tulis khusus berkenaan program tersebut. Hanya sebagai catatan dan kenangan peribadi....... Istimewanya program MEMBARA ini kerana konsep dan namanya adalah cetusan idea saya sendiri yang perlaksanaannya di bantu oleh sahabat-sahabat saya Pemuda DUN Batu Rakit.

Followers