Monday, April 9, 2007

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu Kali Ke 27

Lega. Itulah boleh di katakan. Baru hari ni boleh masuk pejabat balik dalam keadaan biasa, setelah hampir dua minggu bertungkus lumus membuat persiapan untuk mesyuarat agung. Dalam keletihan yang teramat ( bukan letih fizikal sangat, tapi letih mental ) hari ni kena cari masa rehat sikit, walaupun di pejabat ni masih banyak kerja yang menunggu.

Mesyuarat Agung berlangsung dengan baik pada Sabtu lepas. Semalam pula terpaksa selesaikan soal belanja mesyuarat dan kewangan secara keseluruhan setelah berlaku pertukaran bendahari. Baki duit yang ada ni perlu segera di serahkan kepada bendahari baru supaya boleh segera beroperasi, memandangkan Pilihanraya Umum semakin menampakkan kelibatnya.

Suatu yang agak terkilan juga di sebalik kelegaan yang ada, setelah persiapan yang begitu memenatkan, baik persiapan tempat, perbekalan mahupun lapuran mesyuarat, perkara sama sebagaimana kebiasaan masih berlaku berlaku juga. Perwakilan pulang selepas berhenti rehat makan tengahari! Selepas di sambung di sebelah petang, yang tingggal hanya separuh daripada jumlah yang di daftarkan sebelah pagi.

Akibat daripada itu, perbahasan yang sepatutnya untuk bermuhasabah dan merancang kerja-kerja Jemaah jadi kaku dan tidak bermaya. Di tambah pula mereka yang tinggal itu pun seolah-olah tidak berminat untuk berbahas. Buku lapuran yang di sediakan untuk perbahasan di rasakan seolahnya tidak di hargai oleh perwakilan. Dahlah nak siapkan buku tu rasa macam separuh gila, bila ianya tidak di hargai, bertambahlah letihnya.

Walau bagaimanapun semuanya dah berlalu. Tahun depan akan ada lagi Mesyuarat Agung. Mungkin suasana akan berubah ataupun keadaan sama akan berterusan. Sama ada berubah atau tidak, kerja ini tak boleh di lepaskan begitu saja. Besar manapun kecewa mengusik rasa, bara di tangan tetap akan di genggam selagi ada kemampuan.

Di sebalik semua yang di sebutkan di atas, sebenarnya ada perkara penting yang boleh di jadikan ingatan. Ucapan persmian oleh Sdr Mazlan Aliman sungguh menusuk perasaan. Gabungan motivasi dan arahan kerja yang di berikan melalui pengalaman beliau banyak memberi suntikan baru kepada petugas-petugas setia Pemuda. Walaupun mungkin belum cukup kepada sebahagian hadirin pada hari tu ( sebab tu ramai balik awal jugak ), tapi rasanya bagi yang benar-benar Ikhlas dalam perjuangan, ucapan beliau akan menjadi panduan kerja yang sangat berguna.

Apa yang dapat di ungkapkan di sini, antara punca utama yang memberi kekuatan kepada petugas Jemaah ialah mesti melalui proses Tarbiyyah yang di atur oleh Parti. Petugas yang tidak di tarbiyyah akan gagal bila sampai satu peringkat, walaupun mulanya kelihatan sangat hebat dan penuh kesungguhan.

Setakat ni dulu untuk hari ni.......

Followers